Sunday 18 May 2008

Helaian pertama

19 Mei 2008, 12.15 am

Sudah beberapa hari aku rasa stress dengan kerjaku... yea, semuanya bermula dengan projek video presentation ini. Sebelum aku, mulakan kisah hidupku di "my maroon book dairy", aku rasa ada baiknya aku mulakan dengan kisah siapa aku...

Siapa aku yang sebenarnya?? Satu soalan yang cukup mendalam maksudnya dan banyak jawapan yang boleh aku jawab. Di kala aku, mencoret kisah ini, aku berumur 27 tahun dan bakal menginjak usia ke 28 tahun dalam masa beberapa hari lagi. Kehidupan aku normal seperti orang lain, ada keluarga, ada sahabat, ada kerjaya, ada insan yang aku sayang dan sebagainya.

Aku bekerja di sebuah syarikat multimedia, jawatanku di sana adalah seorang pengurus. Syarikat aku kerja ni kecil sahaja, masih jauh lagi perjalanannya untuk menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Ramai yang tidak tahu bahawa syarikat tersebut adalah milik ayahku dan aku ada sedikit syer dalam syarikat tersebut dan syarikat ayahku yang lain. Ayah aku sudah ada agenda dia sendiri, dia nak aku sebagai anak sulung memikul tanggungjawab ini untuk adik2 aku yang masih lagi menuntut dan masih lagi muda untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan ini.

Mungkin ada yang berkata bahawa kehidupan aku sempurna atau mewah atau best?? Ikhlas aku katakan tidak sama sekali.. kehidupan aku seperti manusia biasa... ada pasang surutnya. Tapi walau apa jua keadaan aku cuba bertahan dan melaluinya dengan hati yang cekal.

Aku merupakan anak sulung dalam keluargaku, ibu bapaku sudah lama berpisah (masa aku berada dalam darjah 5) dan mereka sudah mulakan hidup baru bersama pasangan mereka sekarang. Aku ada ramai adik beradik tiri, sama ada lain mak atau ayah, atau sama sekali lain mak dan ayah.

Ketinggian aku 167cm dan berat aku adalah rahsia.. hehehe tapi aku kini dalam kategori berisi dan bukan la berat badan ideal. Aku membesar di Shah Alam dan tamat sekolah rendah dan menengah juga di sana. Kemudian, aku melanjutkan pelajaran ku di Universiti Malaya dan menerima segulung ijazah sarjana muda pada Ogos 2004.

Perwatakanku, eemmm ni susah sikit nak jelaskan.. sebab aku rasa aku cukup tidak pandai untuk menyatakan karektor diri aku sendiri.. aku cuma tahu, aku ni panas baran orangnya, ada mood, mudah simpati, sensitif, suka berangan, keras kepala dan garang. Tapi, jika tanya orang lain, pasti mereka akan kata aku ni seorang yang ceria, kelakar, manja, garang, adakalanya seperti kanak2 ribena, ada musimnya gedik, baik hati dan peramah.

Macam mana kehidupan aku sebelum ini? emm macam biasa.. aku suka hidup dengan simple life, aku ni kurang pandai bergaya atau mengikuti fesyen terkini, hehehe dlm erti kata lain, aku ni selebet la juga.. bila ada mood je baru aku rajin nak bergaya.. tapi selalunya sempoi je la.. aku ni bukan anak orang berada... aku membesar dengan mak aku.. dia mengamalkan hidup biasa... tapi ayah ku tidak.. dia mewah la.. kena pula mak2 tiri aku sebelum ni memang orang2 kaya.. jadi cara lifestyle diorang memang agak berbeza dengan mak aku.. tapi aku suka dan selesa dengan life aku... hidup biasa2 dan sempoi. Dalam erti kata lain, orang tak tau la aku ni anak orang berada.

Kerjaya?? eemm ni susah sikit nak cerita, sebab sebenarnya aku tak suka nak kerja bawah ayah aku.. aku suka berdikari.. kalau boleh aku nak kerja dengan syarikat yang tiada kaitan dengan ayah aku atau tiada orang yang mengenalinya. Tapi oleh kerana aku ni tidak la cukup bagus untuk berdiri di kaki sendiri, aku tiada pilihan lain selain daripada bekerja dengan dia. Sebenarnya, ini adalah pilihan terakhir aku... kerana aku tahu.. sekali dah masuk pasti susah nak keluar semula.. kena pula aku adalah anak sulung dan ayah aku mula mengharapkan aku semenjak dia diserang sakit jantung.. Jadi pilihan apa lagi yang aku ada?? selain membantu dia merealisasikan impian dia... dan aku perlu korbankan diri aku. Mungkin ada anak yang suka nak kerja dengan syarikat keluarganya... tapi bukan aku.. aku kalau boleh, aku nak berjaya sebab usaha aku sendiri.. bukan sebab ayah aku. Jadi sekarang aku masih lagi dalam proses belajar selok belok perniagaan... and trust me.. it is not easy as everybody think... especially when a lots of people know your father capability and their expecting his daugther or son are good as him.

Percintaan?? hahaha dalam bab ni, aku agak kurang menyerlah... my love story quite complicated... ahuuuhhh... aku dengan dia sudah hampir 6 tahun jika masuk tahun nie.. apa yang menarik mengenai kisah percintaan aku adalah... aku tak kenal siapa dia (itu la hakikatnya yang sukar untuk aku nyatakan) ... mesti ramai yang tidak faham maksud aku... selama 6 tahun ini, aku tidak pernah jumpa dia dan yang lebih teruknya, aku serious tidak mengenali dia, siapa dia, macam mana rupa dia, apa kerja dia, siapa keluarga dia, malah... apa nama dia yang betul pun aku tidak tahu. Ramai yang terkejut bila aku ceritakan perihal kisah cintaku.. tapi itu lah hakikatnya. Dan ramai yang mengatakan aku bodoh atau ditipu.. yea aku terima kata2 mereka.. dan yang pastinya aku sendiri tidak faham dengan diri aku, kenapa aku begitu menyayangi dia. Bukan tiada lelaki lain menyukai aku, tetapi entah la, aku tetap rasakan dia adalah yang terbaik untuk aku dan aku amat menyayangi dan mencintai dia. Tapi di masa yang sama aku rasa sedih dengan kisah cinta ku.. kerana aku tak nampak di mana akhirnya kisah cintaku bersama dia di kemudian hari nanti.

Keluarga aku, eemm tidak la terlalu sempurna..mereka juga ada kekurangan mereka.. tetapi aku amat menyayangi keluarga aku dan menghargai mereka... aku sayangkan mama ku, kerana didikan dan asuhan dia.. membentukj sape aku pada hari ni.. walaupun dia tidak la seperti ibu idaman atau contoh ibu yang baik... tapi aku tetap bangga dan sayangkan dia, dan dia cuba memenuhi kehendak anak2 dia dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Sementara ayah aku.. aku sayang dia sebab diri dia yang melayan aku lebih dari seorang anak, dia layan aku seperti seorang kawan. Aku paling suka meluahkan atau bercerita apa juga perkara dengan dia.. walaupun dia ada banyak kekurangan, tapi aku cuba menerima dia dengan seadanya.. dan aku tahu, dia cuba yang terbaik untuk membuatkan anak2 nya menerima dia dengan seadanya. Adik2 aku pula.. hahaha susah nak cakap.. gaduh adik beradik tu perkara biasa... tapi aku sayang mereka dan risaukan masa depan mereka juga... walaupun diorang selalu kutuk aku tapi diorang cuba sedaya upaya untuk menjaga kakak mereka yang seorang ni... ikhlas aku katakan, aku bangga dengan keluarga aku.. walaupun mereka bukan la contoh keluarga yang terbaik dalam dunia ni tapi mereka semua cuba yang terbaik untuk berada di sisi keluarga mereka apabila diperlukan.

Jadi, itu la jawapan kepada soalan siapa aku... emm agak panjang.. kalu ikutkan hati nak taip lebih banyak lagi.. tapi cukup la sampai di sini sahaja.. ini la secara ringkasnya, siapa aku... dan selepas ini, memang akan banyak lagi yang akan aku coretkan dalam blog nie.

Ini baru permulaan, sedangkan destinasiku masih jauh lagi untuk aku tiba... dan aku sedar, sepanjang perjalanan itu, pasti banyak liku2 ranjau yang terpaksa aku tempuhi. Dan aku juga sedar, jalan yang aku pilih ini, bukanla jalan yang mudah untuk aku sampai ke destinasi aku. Kerana sekarang juga, aku sudah merasai keperitannya dan aku seperti mahu mengalah dengan takdir kehidupan aku... jika aku mengalah sekarang, agaknya apa yang akan berlaku di hari2 mendatang aku... mampu kah aku bangun dari belenggu masalah, stress dan depress yang sedang aku lalui sekarang...

Hakikatnya, pada malam aku mula menulis blog ini, aku sudah hampir putus asa dengan kerjaya aku... dan aku tidak tahu bagaimana untuk aku atasinya dan bagaimana aku nak kumpul semula semangat perjuangan aku dan kecekalan hati aku, setelah semuanya hancur... keyakinan aku pada syarikat aku telah berkecai, self esteem aku telah dicabuli secara tidak langsung.. aku rasa seperti hendak lari dan menhilangkan diri. Tapi aku sedar, sampai bila aku nak stress dan depress pasal masalah ini... tapi aku rasa seperti aku sudah berada dipenghujung jalan dan tiada arah lain yang boleh aku tujui. Di kala ini, aku mula berfikir semula... betul kah jalan yang aku pilih ini dan aku mula ingin merasa menyesal...