Sunday 26 July 2009

Status terkini ((^^)

Dah 2 bulan tak update blog nie.. sbb aku terlampau bz dengan kerja dan aktiviti harian aku.. Banyak benda yang aku nak cerita kan di sini.. smp dah tak tau nak cerita yang mana satu.

Yang pastinya kini aku berada di Reinassance Hotel, Melaka.. ada program C-TAP dan aku bakal menghuni hotel ni lagi 4 hari.. layannnnnn.. Dan aku baru balik dari Kuala Terengganu pada hari Jumaat lepas.. penat pun tak abis lagi dah kelam kabut ke Melaka. Aku dijangka sibuk sehingga lepas hujung August sahaja.. Lepas raya puasa aku tak pasti lagi macam ne jadual kerja aku.

Tapi yang pastinya, akan sibuk pada hujung minggu sehingga tahun depan. hehe mana taknya aku p ambil SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) untuk Jurukecantikan yang ditaja oleh FELCRA. Kelas aku hanya pada hujung minggu dan kursus ni selama setahun. So, by next year aku dah boleh jadi mak andam (jika aku ada bakat ler.. hehe) or buka spa kecantikan.. hehe tapi tujuan aku ikuti program ni adalah untuk mengaplikasikannya pada diri aku.. hehe wanita mana tak suka mencantikkan diri.. semua nak nampak cun or comel.

Mama n papa dah sebulan di Michigan, US.. dan sekarang mereka ada kat Los Angeles.. akhirnya next week mereka akan kembali ke Malaysia. Harap-harap mereka akan kembali dengan selamat dan dijauhi dari penyakit H1N1 a.k.a selsema oink oink.. Mama cakap dia ada belikan hadiah special for me.. muahaha I wondering what.. aku bajet mixer kitchen Aid.. hohoho warna maroon.. hehe

Tok Cah dah selamat 'CUCI MATA' a.k.a operate mata buang selaput. Mata kanan berjaya diselamatkan tapi mata kiri mungkin dah banyak urat saraf dia rosak. So mungkin penglihatan tok cah tak kan kembali 100% pulih.. mungkin hanya 20%.. Alhamdulillah, kami berjaya pujuk dia p jumpa pakar mata dan aku yakinkan dia untuk buat operation mata tu. Selasa ni mata kiri dia pula yg akan dioperate.. dan tok cah dah tak takut sangat... sbb dia cakap tak sakit dan tiada apa2 pun.. yela operation mata sekarang guna laser je.. hehe teknologi dah canggih.

Emmm.. mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan... kat bawah blog ni ada benda baru.. hehehe Daisypath yang comel.. dan yang menariknya.. tajuk dia ((^^) Now I'm with... mesti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan beliau. kena pula aku mention 'Boy'.. hehe sebenarnya aku dgn Mr M dah mcm couple.. Mr M ni si Ikan Emas tu ler.. tp yg kelakarnya kami tak pernah declare couple.. bila kami declare pun aku tak tau.. malah dia pun tak tau.. haha kelakar pula aku rasa.. apa sebenarnya hubungan kami ini? Kami hari2 call n sms.. asal ada peluang kami keluar bersama dan abiskan masa bersama. Dia dah jumpa dengan babah, pakcik makcik aku, tok cah dan embah.. kecuali mama n papa.. sbb dorang ke US dan macam biasa takut nak bawa dia jumpa mama sebenarnya.. haha

Maybe nexti time, aku akan citer pasal Boy ni.. aku rasa cukup la smp sini dulu.. Dah penat, esok nak bangun pagi.. program start kul 7.. hehe

All I can say now, semuanya aku berserah kepada Allah... of course Si Dia tahu akan kewujudan Boy nie.. tapi aku dah malas nak ambil pusing dan jaga hati dia.. Lagi pun, ini jalan yang Dia pilih.. aku hanya turuti kehendak dia.. meneruskan hidup tanpa Dia.