Tuesday 31 March 2009

Hati ini..

Seminggu ni aku terasa seperti di awan-awangan.Setiap malam aku berasa seperti mendapat layanan yang istimewa, rasa disayangi dan dihargai. Dah lama aku tak berasa seperti ni.. Kali terakhir, aku rasa seperti ni adalah masa aku bersama DIA, di mana 6 tahun lepas.

Gosh.. hehe 6 tahun lepas tu.. ikhlas, aku masih teringat akan DIA, but life must go on. Dunia tetap berputar walaupun dia tidak ingin bersamaku (eemm is that the correct statement?? Haha biarlah, it doesn’t matter anymore, all I want is just my life back.. siapa yang tak nak siapa sudah tidak penting lagi kerana hanya DIA sahaja yang tahu kenapa hubungan kami sampai di sini sahaja dan kenapa aku membuat keputusan untuk melepaskan DIA). Suka atau tidak aku terpaksa menyusun langkah untuk meneruskan hidup ini.

Dan seminggu kebelakangan ini, perasaan itu kembali.. Walaupun ianya tidak sehangat atau sehebat seperti 6 tahun lalu, tapi ianya masih membuat aku tersenyum dan ketawa dengan hati yang lapang.

Tapi di masa yang sama, aku berasa takut dengan perasaan gembira ini. Kadang-kadang aku menjadi tak keruan memikirkannya. Ya... Ianya sangat mengganggu aku dan menakutkan aku.. Yup.. Perasaan ”JATUH CINTA”..

Aku pun tak pasti sama ada aku telah jatuh cinta atau tak.. haha kelakar kan.. lama sangat kot tak merasa diri ini diperlukan atau dihargai. Tapi di masa yang sama aku rasa musykil.. ye la.. it is too fast too furious.. mana mungkin aku baru kenal seminggu aku dah boleh merasai perasaan pelik ni.

Memang la aku ni jenis yang mudah jatuh hati, tapi aku tau selalunya tak lama.. just for fun dan mengisi masa lapang je. Tapi kali ni rasa agak pelik, eemm entah la.. susah untuk aku menerangkan dengan kata-kata.

Yang pastinya bukan aku sahaja berasa begini, malah dia juga merasa benda yang sama dan dia pula tanpa berfikir panjang untuk menilai perasaan itu terlebih dahulu dan meluahkannya tanpa segan silu dan menyatakan yang dia menyukai dan menyayanngi aku. Bagi aku memang agak pelik dan musykil, bagaimana dengan mudah dia boleh menyukai aku dan sedangkan dia tidak mengenali aku?

Setiap kali dia cakap dia sayang aku.. aku hanya mampu tergelak sinis dan memerli dia. Dan setiap kali tu juga aku akan bertanya, ”Kenapa awak suka saya?” dan dia akan menjawap ”Suatu hari nanti awak akan tahu”.. Erkk helloo.. aku tak nak tunggu hari tu datang.. aku nak tahu sekarang! Dia sendiri pun tak tahu kenapa.. tapi dia cakap dia yakin akan perasaan itu. Erkk hellooo againn... Yakin sahaja tak cukup ok.

Entahla, aku sepatutnya berasa gembira.. kerana akhirnya ada orang sayang dah hargai aku (eemm sebelum ni pun ada je.. tapi aku kureng berkenan), tapi tak tau kenapa aku rasa seperti tak pasti, tak yakin.. adakah ini yang aku mahukan??

Hakikatnya, aku tak bersedia untuk bercinta dan dilukai kembali. Ya, itu la yang sebenarnya. Apa yang DIA telah buat dan tinggalkan parut di hati ini, membuatkan aku sentiasa ingat akan DIA, agar lebih berhati-hati terhadap sesebuah perhubungan dan jangan mudah mempercayai lelaki.

Aku ingin disayangi dan dicintai tapi di masa aku takut disayangi dan dicintai...

Sebab tu sebelum ni aku lebih selesa hanya dengan status ”SKANDAL”, kerana skandal tak kan lama dan aku boleh datang dan pergi dari perhubungan itu begitu sahaja, tanpa perlu rasa terikat atau bersalah. Ish ish sejak bila aku jadi NAKAL nie?

Kebenarannya, aku masih hilang dalam terang. Aku impikan sebuah perhubungan yang bahagia tapi aku tau ianya terlalu sukar untuk aku menggapainya, kerana perhubungan yang aku impikan adalah perhubungan yang sempurna. Tapi kesempurnaan itu adalah mustahil dalam dunia ini. Adakah kerana ini juga membuat aku takut untuk menerima cinta dari sesiapa?

Ahuuhhhh...

Sunday 29 March 2009

Pengapit

Sabtu lepas, dalam ulung kalinya dalam sejarah hidup aku selama 29 tahun ni, aku menjadi pengapit. Pengapit?? Hohoho yea.. Pengapit kepada pengantin sepupu aku si Da di Seremban. Kebetulan pengapit sepupu aku, tak turun kenduri di Seremban ni, so last minute Da mencari orang untuk menggantikannya. Kebetulan juga aku akan pergi ke kenduri dia, jadi dia pilih aku untuk jadi pengapit dia.. dengan harapan aku akan dapat ambil berkat untuk jadi pengantin berikutnya.. hohoho ni la apa yg orang tua2 cakap. Aku takde la nak percaya sangat.. sebab adik aku si Bob tu berapa kali jadi pengapit, tak juga naik pelamin.. haha

Tapi gara2 tu, aku memang kelam kabut la mencari baju yang sesuai nak jadi pengapit ni. Haha gabra gak aku dibuatnya, mana taknya aku mana ada pengalaman jadi pengapit nie, kena buat apa pun aku tak tau.. Plus sepupu aku ni bagi short notice one day earlier sebelum hari wedding.. End up aku pakai baju kebaya moden yang aku baru beli tu tapi kain takde la pula sebabnya aku beli baju nya sahaja.. hehe puas aku geledah bilik persalinan aku untuk match kan dengan baju kebaya putih moden tu. Sekali baru teringat kain batik yang bakal adik ipar aku bagi sebelum ni. Dan aku rasa tu la, yang paling sesuai untuk dipakai bersama.. Haha tapi masalahnya kain batik tu belum dijahit. Jumaat tu, terpaksa aku pi kedai Kak Sal minta jasa baik dia jahitkan dan petang tu aku nak ambil sudah.. Alhamdulillah sempat siap. Tapi yang kelakarnya, aku terlupa pasal tudung pula. Adei.. tiada pula tudung yang sesuai.. hehe end up, aku pakai je la dengan tudung putih..
Tugas pengapit ni hanya pastikan si pengantin sentiasa cun dan anggun. Pastikan make up dia sentiasa cantik. Lap peluh dia. Kipas dia untuk pastikan dia tak panas. Payungkan dia masa panas. hihi takdela susah sangat.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. fuh serious takdela best sgt jadi pengapit nie. Penat dan berpeluh juga. Haha cuma mungkin yang bestnya sebab dapat tumpang glamour je la. Tapi rasanya macam takdela juga.. hehe..

Nak tau sama ada betul ke tak apa yang orang tua2 cakap tu.. mari kita lihat sama ada lepas ni aku naik pelamin ke tak? Hahaha whereby I doubt it.

Thursday 26 March 2009

Si Ikan Emas

Dah lama pula aku tak update life aku pasal skandal2 aku.. hoho skandal la sangat.. okla kisah laki-laki yang tersesat dalam hidup aku..

Aku ada kenal seorang laki ni dalam skype,dia nak add aku. Mungkin sebab mood aku baik hari tu, maka aku add je la dia tanpa banyak fikir. Dia tanya aku kat mana? aku jawab "BUMI".. haha dia gelak je.. Dia tanya aku asal mana? Aku jawap "BUMI" lagi. Hampir kebanyakkan soalan dia tanya aku, aku jawap "Bumi".. boleh tahan juga tahap kesabaran dia terhadap aku.. Hehe aku kadang2 mmg suka nak ngusik orang dan loyar buruk. (owh aku start chat dgn dia hari Isnin lepas.. hehe baru 4 hari kawan ma)

Petang tu, kami sibuk berchatting.. tanggapan pertama aku terhadap dia adalah.. dia ni seorang yang baik, penyabar dan macam ala-ala tabligh atau alim. Hehe kenapa aku cakap mcm tu? Sebab dia tau je nak refer pada surah mana dalam al-quran untuk menyokong kata2 dia.. aku hanya mampu tersenyum je bila baca apa yg dia tulis. Dan aku bajet aku dan dia takkan lama kawan. Sebab pemikiran kami terlalu berbeza.

Aku jenis yang huha nya orang, sedangkan dia pula orang yang mencari keredhaan Allah.. Huh bukan la aku tak mencari keredhaanNya, tapi aku memang ngaku aku lebihkan duniawi dari akhirat, sedangkan dia sebaliknya. Tapi hingga ke hari ni, sangkaan aku meleset sama sekali. Kami masih berkawan dan aku tak tahu sampai bila kami mampu mengekalkan persahabatan ini.

Setakat ni kami dah bertukar no telefon dan sejak dia mempunyai no hp aku, setiap malam dia telefon aku.. dan cakap berjam-jam.. Pelik kan?? orang mcm dia boleh bergayut lama2 dgn aku.. apa yang kami bualkan?? Macam2 topik.. dari hal dunia hingga la ke urusan akhirat. Tapi yang peliknya, tanggapan pertama aku tak match langsung dengan cara dia bercakap.. cara dia cakap mcm agak rock dan selamba.. hehe bukan apa, kalau orang yang alim2 ni cara percakapan mereka begitu sopan, halus berbicara mereka.. kira tenang je tinger bila dengar kan.. Tapi dia memang agak berbeza.

Owh aku panggil dia Ikan Emas.. hehe sebab dia selalu lupa apa yang dia nak cakap bila aku selalu potong dia cakap.. hehe buat pengetahuan korang Ikan Emas memang pelupa.. ni fakta tau.. hehe

Dia sebaya dengan aku, orang Shah Alam dan membesar di Shah Alam.. malah dia sekolah di SM seksyen 19.. woooo nasib baik aku tak skool kat situ.. hehe dia prefect masa kat skool tu. Tinggi 173cm berat 80kg, anak bongsu dan anak laki tunggal. Dia tinggal kat batu 3, ayah dia bekas bomba, dia ada 2 kakak tiri, kerjaya: freelance.. supaya dia dapat lebih kepada ibadat kepada Allah.. hehe gila byk maklumat pasal dia aku tau kan.. haha biasa la aku menjalankan sesi soal siasat..

Sedangkan dia tak tau pun sangat pasal aku.. even nama aku pun dia tak tau.. haha teruk kan aku.. saje suka mendera dia.. aku suruh dia cari sendiri.. gila nakal aku.. aku banyak berahsia dengan dia.. tapi dia masih bersabar dengan aku.

Tapi bagi aku, Ikan Mas ni memang lain dari kawan2 skype yang aku kenal.. aku tak tau kenapa.. aku rasa seronok berbincang dan bergaduh pendapat dengan dia.. Dan yang kelakarnya, adalah alasan yang dia berikan kenapa dia suka berkawan dengan aku.. dia cakap sebab dia nak latih diri dia.. pelik sungguh jawapan dia.. haha melatih diri untuk lebih bersabar ke? atau melatih diri untuk menepis segala bentuk perlian dari aku atau berlatih untuk menyangkal segala hujah2 dari aku.. hehehe

Tapi semalam, masa dia bertazkirah kat tinger aku nie.. tak tau kenapa terlintas satu pertanyaan di kepala aku. Aku terfikir kenapa Allah kenalkan aku kepada dia. Bagi aku, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sama juga dalam hal jumpa dan mengenali seseorang.

Emm entah la, tapi sejak dia rajin borak dengan aku, dia asyik buat aku teringat kepada DIA. Aku rindukan DIA.. rindu nak berborak dan bergaduh dgn dia.. hehe

Anyway, aku suka kawan baru aku nie.. Dia boleh dibuat kawan.

p/s- Hehe tanggapan aku tak salah mengenai dia.. kenapa dia yang baik2 tu bercakap agak selamba dan rock.. sbb dulu dia tu agak nakal skit.. kira penah jadi street performance dan bergaul dengan macam2 jenis orang. Kemudian, dia ada terima hidayah dari Allah swt membuatkan dia berubah menjadi orang yang lebih baik.

Tuesday 24 March 2009

Siput babi yang tak sedar diri

Petang ni aku sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt berbuluuuuuuuuu dengan semua driver2 siput babi yg tak sedar diri.. eeeeeeeeeeeeeeeeeee aku mmg xle nak tolerate dgn driver ala2 siput babi yg tak sedar diri.. geram sungguhh!!!

Kenapa aku panggil mereka driver siput babi tak sedar diri?
  1. siput babi bergerak sgt2 la lembap... seminit xtau la sejauh mana dia dah smp..
  2. bayangkang siput babi yg lembap tu.. ada hati nak bawa kereta pula..
  3. dah la ada hati nak bawa kereta lepas tu, ada hati pula nak duduk lane yang paling laju..
Memang dasar siput babi yg tak sedar diri!!!
(psst jgn salah faham k.. aku panggil "siput babi" bukan sbb perkataan kedua k. tapi sebab kelembapan mereka.. kebetulan pula si siput babi nie.. nama kedua dia adalah binatang haram tu hahaha..bukan aku maki mereka dengan bermaksud "Bab1" tu... aii mcm ne la, aku tak panggil mereka siput babi.. duduk lane laju, tapi bawa just 80 - 90km/j je.. lepas tu jarak kereta antara kereta dia dan depan dia.. boleh sumbat bas.. pastu asyik bagi org potong dia.. apa dia ingat kereta belakang ni baik hati sangat ke bagi kereta lain potong Q.. )

Dah la, aku yang sedang memandu di belakang anda rasa seperti nak lenyek je korang dari belakang.. nasib baiklah kereta comel aku tu bukan kereta kebal atau kereta big foot.. kalu tak, memang dah abis semuanya aku langgar dan lenyek biar jadi besi buruk semua kenderaan yang dipandu oleh siput babi nie..

Aku nie bukan apa.. aku memang sedar cara pemanduan aku... mmg la mcm F1, tapi tolong la ada consideration pada kami2 yang sememangnya nak cepat.

Petang ni memang banyak dugaan aku, aku ni pula punya la nak balik cepat.. sebabnya nak tgk SPA Q 2.. hehe minggu ni minggu terakhir, dah la semalam tak tengok.. so hari ni nak la tgk kan, apa jadi dgn citer plastik nie. Tapi tak tau la knp, byk pula dugaan yg terpaksa aku terima.

First, aku dah tutup PC aku.. baru aku sedar.. ada pula kerja aku yang aku tak save dalam thumbdrive aku.. adei kena la pula ON kan semula dan copy kerja aku ke dalam tu.. (kentut betul)

Second, sebelum aku naik kereta.. terpaksa la aku singgah bank dekat dgn ofis aku untuk keluarkan duit dan tambah nilai aku punya kad Touch n Go.. sbbnya dalam purse aku cuma ada sekeping note RM 1 sahaja dan beberapa keping syiling.. di mana cukup la untuk lepas tol Besraya RM1.30 tu.. Aku sampai je depan bank, aku nampak security tutup pintu dan letak nota x boleh masuk.. adeiii penat je aku berjalan ke bank.. ingatkan nak balik terus tapi baru aku teringat aku punya tangki minyak kereta dah hampir kontang. Nak tak nak kena singgah isi minyak kat Petronas, dan nasib baik ada ATM.. boleh la aku keluarkan duit dan tambah nilai Touch n Go.

Hohoho ku sangkakan segala2nya berjalan dengan lancar.. dan aku sememangnya sedia maklum dengan keadaan jalan MRR2.. aku dah tau di area mana bakal jam dan laluan mana yang perlu aku selit2kan kereta aku untuk pastikan aku berada di fast track.

Third, aiii tak tau la kenapa... waktu tu juga la aku rasa seperti nak terkucir.. adeiiii masa kat ofis tadi takde pula perasaan ingin ke tandas, tapi di kala ini lah perasaan tu nak datang mencanak2.. eeee sungguh menggeramkan.. nak berhenti singgah di mana2 stesen petrol, amat2 la aku tak hingin.. sbb aku nak cepat smp umah.
Tapi apakah daya, hari ni ramai pula siput2 babi yang tak sedar diri wannabee (ingin jadi) F1. Dan gara2 WANNABEE yg tak sedar ini, area yang tak sepatutnya jam pun jadi jam. EEeee sungguh berbulu aku kepada mereka ni..

Tak tau kenapa ramai betul siput babi tak sedar diri petang ni.. agaknya sebab cuaca tak panas dan rasa dingin (sebab hari ni hujan dari pagi sampai la ketengah hari).. membuatkan mereka lupa daratan..dan menyusahkan aku yang tengah terdesak nak ke tandas.. Puas aku cuba bertenang agar perasaan nak ke tandas tu takde la terdesak sgt. Tapi disebabkan siput2 babi yang tak sedar diri ini, aku telah menjadi hilang sabar.

Fourth, kebetulan pula aku nya Smart Tag tak bernyawa.. jadi aku ingatkan bateri abis.. aku siap beli bateri baru di Petronas dan gantikan bateri lama. Adei, tak berfungsi juga Smart Tag aku.. sahih.. dah rosak.. wawawawa sedihnya.. sekarang aku dah takde Smart Tag.. kalu nak beli baru mesti RM100++. Nak tak terpaksa la aku melalui laluan Touch n Go.

Oleh kerana aku terdesak nak sampai umah dengan cepat, maka aku terpaksa la memandu kereta seperti orang gila yang nak tercirit memotong semua kereta2 siput babi.. haha (kan tu selalu kita cakap kepada kereta2 yang drive laju gila dan mcm org gila menyelit kiri kanan.."bawa laju2 nak smp cepat ke umah sebab nak terberak kot" hahaha gitu la ayat memerli kita kepada pemandu2 yg kurang hemah ni).

Fifth, selepas aku melalui tol terakhir ke rumah aku.. (terpaksa melalui highway Kajang Silk untuk cepat sampai ke rumah), tah mcm ne.. aku letak kad Touch n Go tak elok2.. tergolek pula kad tu tepi ruang handbrake kereta aku.. adei @$&^!*%^ sungguh menambah kebengangan aku.. puas aku cuba capai.. tapi makin jatuh ke bawah pula.. (agaknya inilah balasan aku asyik duk kutuk si siput2 babi wannabee nie).

Akhirnya, aku sampai rumah dengan selamat.. pada pukul 6.45pm.. syukur... sempat juga aku membuat urusan peribadi dan menonton SPA Q 2.

Tapi kegeraman aku kepada Siput2 babi wannabee ni, memang masih belum reda lagi.. haha sebab itu aku mengomel di dalam ini..

Hehe apa la dosa si siput babi... mesti petang ni banyak siput babi yg tersedak2 sbb aku asyik sebut nama mereka je. Hahaha ksian siput babi.. kerana kebodohan, mementingkan diri sendiri dan kelembapan pemandu kereta.. Aku telah menyamakan mereka seperti siput babi.. so slowpoke!!

p/s- Korang tu kalu jadi pemandu, jadi la pemandu berhemah.. tapi jangan la jadi seperti siput babi WANNABEE yang tak sedar diri.. tolong la duduk di lane yang bersesuai dengan hemat anda.. jangan la nak duduk lane paling laju.. ianya utk mereka memandu ala2 F1, nak cepat ke destinasi, emengency.. kalu korang nanpak kereta belakang mcm laju or dah start cucuk tu.. faham2 la, bahawa anda sedang menghalang kelancaran pergerakan kereta. Dan adakah anda sedar.. kadang2 kerana siput babi WANNABee yang tak sedar diri ini adalah faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di KL dan paling teruk sekali penyebab kemalangan.
Last but least, kesian dan simpati lah kepada orang seperti aku yg nak terdesak nak ke tandas nie.. haha, boleh tak sepanjang dalam kereta aku asyik terfikir botol botol botol!!! hahaha

Sunday 22 March 2009

Disney On Ice - Fasa 2

Ok sambung balik kisah mengenai Disney On Ice.. Show malam tu abis dalam pukul 10.15 gitu.. mcm biasa la.. Cik Ieta kita mmg suka bergambar.. so bergambarlah kami di sana di sini..

Lepas tu, siap boleh pula mengimarahkan suasana di Booth Celcom.. hehe siap dapat pen dan note pad free.

Dalam pukul 11 kot, baru kami bersurai.. owh sblm aku terlupa, masa show Disney On Ice break.. tak semena2 aku menerima panggilan telefon dari Cayui (My Ex).. pelik juga sbb tetiba dia called kan... dah lama juga dia x called aku.. ke dia called aku sbb dia dpt missed called dari aku sblm nya.. Sbb masa aku nak datang ke Stadium Putra nie.. aku agak blur dan x reti nak p.. kena pula jalan jammed la pula.. kebetulan ada konsert Hotlink di Stadium Bukil Jalil.. dikenakan pula aku dah agak lewat dari masa yg dijanjikan.

Dan kali terakhir, aku p stadium ni adalah 6 7 tahun lepas, itu pun bersama dia.. so nak xnak aku call.. tp x dapat la pula.. Tapi alhamdulillah, aku dapat parking n smp di tempat yg dijanjikan sebelum Show bermula.. hehe

So, masa terima panggilan dari Cayui.. mmg terkejut juga la.. aku tanya knp call.. dia ckp sahaja je.. sbb teringat.. uih pelik aku.. tapi aku masih tak puas hati dgn jawapan dia.. so, aku tanya lagi.. samada dia called aku sbb dia dpt missed called dari aku atau sbb lain? dia ckp sbb teringat.. haha serious pelik...

Dan tak tau la mana datang gila aku, lepas abis show tu.. aku call dia tanya nak dinner dgn aku x.. kebetulan aku x dinner lagi.. n malas nak mkn sorang2.. Dengan dia, aku mmg kenal sgt.. demi aku, x penah jadi masalah bagi dia.. ibarat pucuk dicita, ulam mendatang..

Kami berjumpa di Petronas, Sg Besi.. kemudian aku tumpang kereta dia.. sbb dia ajak makan kat Kg Baru.. tau2 je la area Kg Baru tu mcm ne.. nak cari parking mmg susah la.. mula2 dia nak ajak mkn nasi lemak depan skool Kg Baru tu.. pastu x jadi.. dia nak p mkn western food la pula.. ish x kisah la.. mkn mana pun... dia yg bayar.. haha

Sepanjang dinner dgn dia.. aku rasa aku masih boleh anggap dia kawan.. tp sedikit sebanyak aku masih x dpt mengawal air muka meluat aku terhadap dia.. haha gila jahat aku ni kan... bukan aku suka2 nak buat air muka poyo tu.. tp stiap kali dia tanya aku bila nak kawin.. lepas tu masih menaruh harapan pd aku... adei.. come on la.. kita dah perpisah 6 tahun.. sudah2 la.. please move on with your life..

Kita terlalu berbeza.. ruang gap kita pun terlalu lebar ibarat selebar broadband k.. hehe

Actually, dah lama juga aku tak jumpa dia.. adalah setahun or 2 tahun lebih.. dia masih sama seperti dulu.. cuma dah berisi skit dari thn pertama lepas putus dgn aku.. kira ok la.. rasanya dia mcm xde berubah pun..

Kena pula masa kami nak pulang, hujan masih lagi renyai2.. nasib baik x lebat..so, aku malas nak berpayung dgn dia, lagi pun payung dia kecik je.. so aku redah je la... tp biasa la.. mana ada laki tak nak tunjukkan dia gentleman kan.. dia tetap cuba memayungi aku.. rela dia basah skit.. haha

Malam tu aku sampai umah dalam kul 1 AM..nasib baik la aku balik umah aku sendiri.. jadi mmg tiada waktu curfew utk aku.. sebelum kami berpisah dan naik kereta masing2.. dia ada tanya aku.."bila lagi nak keluar bersama?" aku hanya pandang dia.. n senyum... mgkn tahun dpn kot.. (haha gila jahat aku)

Saturday 21 March 2009

Disney On Ice - Fasa 1

Hohoho korang jangan jeles.... semalam ada orang ajak aku pi tengok Disney On Ice - Princess Wishes.. haha jgn salah faham pula.. yang ajak tu perempuan tau.. kebetulan dia ada satu extra ticket free.. dan kebetulan dah lama aku x jumpa dgn si Ieta nie.. so, aku dgn hati yg gembira menerima pelawaan dia.. (Thanks Ieta)

Kami dapat duduk row depan (2nd row dari baris paling hadapan.. kalu x silap aku harga tiket tu dlm RM100++).. Ni la kali pertama aku tgk show mcm nie (on ice).. kali terakhir aku p tgk show mcm ni masa aku kecil kot.. itu pun kalu x silap aku Royal Circus dgn famili aku.. Aku agak teruja juga nak p tgk Disney On Ice.. ialah nak buat mcm ne.. aku ni kan salah satu peminat Disney.. lebih2 cartoon Disney..

Meh aku citer intipati secara ringkas rancangan Disney On Ice nie.. (huhu gambar ada la skit.. ni pun aku rembat dari facebook Ieta.. nak buat mcm ne.. aku x bawa camera sendiri.. n hp HTC aku bateri dah kojol.. eleh kalu ambil guna hp HTC pun x berbaloi.. sbbnya bukan ada flash pun.. ) So yg mula2 kluar di atas pentas ais adalah Tinklebell.. comel je Tinklebell dia.. Kemudian diikuti dengan karektor utama Disney.. hohoho sape lagi kalu bukan Mickey and Minnie Mouse..





Show dimulai dengan kisah Aladdin dahulu.. Berlatar belakang kan Pasar Agrabah (huhu entah betul ke x aku eja ni) Lepas tu Princess Jasmine merayau di pasar tersebut.. Aladdin kena tangkap.. Genie keluar.. hohoho menarik juga la.. oh sblm aku terlupa.,. citer dia xdela dr mula smp abis.. hehe ni lebih kepada musical show.. of course lagu2 yang glamour dari Filem tersebut dipilih utk buat show.. Kalau dalam Citer Aladdin ni kena la ada lagu "A Whole New World".. (hehe aku suka gila lagu nie)





Lepas tu Princess Snow White pula keluar bersama Prince charming dia.. hehe korang mesti tau dlm kisah Snow White wajib ada 7 org kerdil dia (The 7 Dwarfs).. n sudah pasti ada mereka nie semua.. eemm bila tgk show Snow White nie.. aku ingat lagi masa kecil2, ni la katun fav aku.. setiap hari aku asyik playkan tape katun Snow White.. haha gila aku leh ingat jln citer dia.. Dan utk pengetahuan korang gak Snow White adalah 1st filem katun Disney..

Kemudian diikuti show Little Mermaid... ini mmg dinanti2kan oleh aku.. dlm byk2 cartoon Disney, aku paling suka Little Mermaid.. mgkn sbb byk lagu2 dlm tu best2.. dan aku rasa Prince Eric adalah yang paling kacak dlm byk2 Prince Disney.. muahahahaha dan aku suka juga watak Sebastian (si Lobster) sbb dia pandai nyanyi dan kelakar..




Lama juga show utk Little Mermaid nie.. hehe ye la.. Little Mermaid mmg byk lagu n lagu dia pun byk yg best.. siap di pertengahan show tu boleh break 15 minit jap utk mereka tambahkan dan ratakan ais.. hehe owh x lupa juga.. ada juga jemputan utk penonton (kanak2) utk naik ke dlm bot.. kira terlibat sikit dlm show Little Mermaid ler.. tah berapa la parent mereka bayar.. hehe.. one thing aku suka sikit pasal show Little Mermaid nie.. sbb ada effect tambahan.. iaitu mereka ada hasil bubble.. ala belon sabun tu.. hehe utk kasi effect mcm dlm laut ler.. kira mcm buih2 dlm laut gitu.. best gak.. kami yg duduk row depan ni.. kira sampai la juga bubble tu ke arah kami... aku pun ngalahkan budak2 sibuk memecahkan belon sabun tu.. haha aku boleh sempat pula berebut nak pecahkan bubble dgn budak belakang aku.. haha
Lepas tu, watak Bell dari Beauty & The Beast pula keluar.. sayangnya The Beast xde.. hohoho sungguh x glamour agaknya Beast dia.. tp yang pasti nya karakter candle candeliar (lilin) tu adalah kluar.. boleh x, aku x ingat nama dia n malas nak search dlm internet.. yg aku tau nama dia ala2 Perancis gitu.. sbb tu aku susah nak ingat.. hehe.. yg best pasal show Beauty ni.. dia byk pelakon tambahan.. hehe Cik n Encik sudu garfu..


Abis persembahan Beauty & the Beast, Mulan pula kluar.. eemm persembahan utk Mulan ni biasa je la.. xde apa yg menarik sgt.. (hehe sorry yea.. pic selepas ni dah tiada.. nak buat mcm ne cik camera kita x abis upload lagi dlm FB dia.. so xle la nak culik pic dari beliau.. xpe xpe.. korang tgk n bacala dlm blog beliau nanti)...

Hohoho lepas Mulan ni yg aku suka sgt.. antara ramai2 princess Disney.. karektor ni yg paling aku suka.. malah bagi aku dia la Princess Disney yang paling cun dan cantik.. hehe korang tau ke sape.. well sebenarnya aku dpt nama nickname ni pun adalah dari dia.. punya la aku suka Princess nie.. smp aku gunakan nama dia sbg nickname aku.. tapi ada perbezaan sikit ejaan la.. tapi bunyi sama k.. Siapa lagi kalu bukan Princess Arora.. dari Sleeping Beauty..

Dalam Persembahan Sleeping Beauty ni mmg best n ganas la.. mana taknya.. siap ada prop naga tu.. hohoho dan yg paling x sangka.. siap ada effect api... Sang naga menyemburkan api ke arah Putera.. ganas ganas... terkejut gak masa api kluar dr mulut naga tu..


Last but not least, korang mesti dah tau kan.. siapa the last princess nie.. mana mgkn dia xde dlm ramai2 princess Disney nie.. even dia la yg paling glamour antara ramai2 Princess Disney nie.. hehe aku pun x tau knp dia glamour.. mgkn kah sbb kasut kaca nya kah? atau sebab dia selalu kena buli dgn mak tiri n kakak2 tirinya kah.. hohoho mesti korang dah boleh teka.. siapakah beliau.. Dia adalah Cinderella...

Dalam persembahan Cinderella nie.. yg menarik perhatian aku adalah prop kereta kuda dia.. cantikkkk.. hehe mcm nak naik je...

Di penghujung persembahan Disney on Ice ni... ke semua Princess n Prince ni keluar.. dan beramai2 memeriahkan pentas ais tu.. hoho siap ada bunga api tu keluar dari kereta kuda Cinderella.. mmg x sangka..dan mengejutkan..

Kesimpulannya, agak menarik juga persembahan Disney On Ice nie.. n of course kanak2 excited gila la... bila tgk karektor utama mereka meluncur di ais... aku agak kagum juga dgn budak2 ni.. ye la.. ramai yg kenal karektor lama mcm Snow White and the 7 Dwarf.. siap tanya ayah dia yg mana satu Grumpy.. hahaha bukan apa.. Snow White adalah katun yang paling lama.. agak kagum la.. jika budak zaman skrg tau karektor ni.. Dan bagi aku pula, bila tgk semua charactors ni.. ia mbuat aku teringat zaman kanak2 ribena aku.. hehe ialah dulu mana ada byk sgt katun or anime nie.. kira katun Disney adalah fav aku.. mana penah aku miss mana2 katun dari Disney nie..

Oh jgn jeles.. aku siap ada beli cawan Mickey.. berharga RM30.. gila mahal.. n dpt straw+sudu Sebastian.. hehe beli pun utk kenangan je.. Kenangan p tgk Disney On Ice secara percuma.. bersama Ieta, Shu dan Ayu.

p/s- Thanks Ieta sbb sudi menyeret aku bersama.. dan x lupa juga pic2 yg cantik nie..

Wednesday 18 March 2009

Mr D (The End)

Aku baru lepas gaduh dgn Mr D.. dan akhirnya dia telah membuat keputusan tidak akan berhubung dengan aku atau chat dengan aku. Well guess what?? I'm not even care if him wants to be friends with me or not.. after what have he have said to me.. all those bad things..

Tahap kesabaran aku ada tahapnya juga.. so aku main je la rentak dia.. dan sekarang dia tak suka.. so ok la.. aku mmg tak ada rasa apa2 pun.. cuma nak tergelak.. sbb kami sempat gaduh pasal pewarna kuku n rantai emas..

Kami bersetuju untuk membuat pertukaran 2 pic gambar dia ditukar dgn address blog aku.. aku pun tak pasti dia tu pic dia ke tak.. sbb malas nak fikir sudah. Aku bagi dia link blog zodiak aku. Pic yg dia bagi tu, aku nampak dia ada pakai rantai emas.. so aku tanya la, dia pakai rantai emas ke? Dia ckp ya tp kadang2.. adei serious nak tergelak aku dibuatnya, sbb aku ingat lagi masa dia called aku, aku dengar dia penah marah staff perempuan dia sbb pakai pewarna kuku atas alasan tak sah solat (serious masa tu kagum aku dgn Mr D ni.. ialah bukan semua org berani nak tegur ma)

Tapi bila aku tgk pic dia pakai rantai emas.. serious aku dah tersengih.. aku tanya dia tau tak hukum laki pakai barang kemas? HARAM tau.. ada ke patut dia boleh argue dgn aku blk.. pakai pewarna kuku tak sah solat.. tapi kalu laki pakai barang kemas masih sah solatnya.. serious aku terkedu dengan jawapan dia.. dan aku sedih sungguh dgn jawapan yg diberi oleh dia.. bukan dia nak rasa bersalah dan malu.. tp masih boleh menegakkan benang yg basah.. aku malas nak ckp byk.. aku diam je la.

Dan dia pula rasa tertipu dgn aku, sbb aku tak bg address blog ni pada dia tp aku bg address blog zodiak.. dia marah dan bengang dgn aku.. lor, mana la aku tau dia nak address blog nie.. rupanya dia sibuk nak baca pasal entry post yg aku tulis pasal dia sblm nie..

Apa2 je la.. malas aku nak fikir.. yg pasti aku dah senang hati sbb tak payah kawan dan layan dia.. ish kalu terus kawan dgn dia.. boleh terpesong pula akidah aku.. bagi aku perkara haram tetap haram.. jadi jangan la sesekali cuba cakap sesuatu yang membela diri utk menampakkan diri betul.. x kisah la sah ke tak solat tu sebab dia pakai barang kemas, tapi dah termaktub dalam hukum Allah, bahawa laki diharamkan memakai barang kemas dan sutera.

Aii mcm2.. so, all i can say now.. bye bye Mr D..
p/s- aku masih kagum dengan DIA

Thursday 5 March 2009

Personaliti Test

Mari mengenali diri anda lebih mendalam..

Korang pergi ke link ni --> http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
Dan jawap semua soalan ni secara jujur dan spontan.. nanti dia akan generate jawapan mengenai personaliti anda..

Dan berikut adalah keputusan yang aku perolehi selepas menjawap soalan yg diberi.

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

So apa pendapat anda?

Emm komen aku.. adalah sedikit sebanyak betul pasal diri aku KOT.. hehehe

Ok.. sekarang cuba pula soalan di link ni pula (our love style) --> http://www.quizbox.com/personality/test80.aspx

Dan berikut keputusan aku:

You desire a love that will last forever. You are quite serious about finding this type of love, and that's why you think carefully about the men that you meet before deciding whether you could really love them. You don't just develop a crush on someone overnight: you look at a person's personality and other aspects of their life before deciding to form an attachment. If a guy doesn't meet your expectations, you would rather be alone. Your love has to be perfect. Be careful though, you could be missing out on some worthy relationships because your standards are so high.

Emmm.. macam betul dan tepat je.. eemm tetiba rasa suspend pula.. ayat terakhir dia.. hehe mgkn sbb tu aku masih single kot smp skrg,.. hahaha
p/s- kawan2 cuba la test.. pastu paste jawapan kat blog korang sendiri or boleh paste kat tempat komen aku..

Wednesday 4 March 2009

Melepaskan geram di sini...

Aku hari ni agak berbulu dengan sorang staff client aku nie,.. aku rasa mcm nak baling kasut je kat minah nie… bukan sebarang kasut yg aku nak baling.. tp kasut platform aku yg tinggi 3 inci tu…

Macam mana aku tak berbulu dgn minah tu.. Aku ada meeting hari ni dgn client, kul 2.30 petang kat sebelah bangunan KL Sentral.. kira jauhla dari ofis Bangi aku ni.. Pukul 2.30 pm aku n geng aku sampai sana. Aku call minah ni, nak tanya tingkat berapa ofis client ni.. sbb aku tak tau.. boleh minah tu ckp.. Eh meeting kat ofis mereka dia Nilai.. aku rasa berbulu je hati aku nie.. rasa mcm nak baling dengan kasut aku.. Pada hal, aku ingat semalam aku dah double check dgn dia pukul berapa n di mana.. dia ckp meeting kat pejabat arkitek..

Emmm tak tau la kalu aku yg salah dengar, tapi tu la.. sepanjang aku dah bekerja ni.. tak pernah lagi aku salah tempat meeting, paling teruk pun aku akan sesat je nak ke tempat client.. sbb tu aku suka kluar awal.. sbb aku tau aku suka sesat.. tapi bukan salah tempat meeting..

Aku amat2 mementingkan lokasi client.. Ya la, kita nak jumpa client dan meeting jumpa orang besar.. mana boleh ambil mudah.. jadi aku rasa sangat mustahil kesilapan tu berpunca dari aku.. Tapi aku mmg dah berbulu dgn minah ni,.. bukan hari ni sahaja, dia buat hal dgn aku.. sebelum ni pun dah banyak masalah timbul antara aku dan minah nie.

Bos aku minta aku manage projek ni.. aku kena follow up dari PO, payment, material sampai la ke projek progress.. Semuanya bermula dari PO (Purchasel Order), bayangkan job ni hanya 2 bulan sahaja.. dah client minta kami mulakan job ni dahulu dan jgn risau PO akan diberi juga dalam masa 2 minggu.. Seriously nak tunggu PO ni keluar .. ambil masa lama gila.. aku buka apa, dalam quotation dah mention kena bayar 50% upon confirmation job.

Ekonomi sememang agak kritikal.. plus byk juga job yg burned begitu je.. sbb client tak bayar.. sbb tu syarikat aku selalu minta advance once dah confirm job.. Jadi bos aku ni, suruh aku kejar payment.. aii susah kejar payment ni.. Mula2 aku kena dapatkan PO.. mcm aku ckp la, susah benar nak dptkan PO.. nak quotation mcm tu mcm ni.. baru leh keluar PO.. tu pun ambil masa 2 minggu.. so aku ingat once dah ada PO, boleh aku kejar payment aku pula.. sekali client aku ckp kena sign LOA (Letter Of Award) pula.. ok la, kalu itu prosedur dia.. aku terima je la.. tp nak tunggu LOA dia ni pun lagi 2 minggu.. mmg aku sgt2 berbulu.. ialah.. job dah mula nak masuk sebulan.. tiap2 minggu aku kena follow up minah ni.. aku bukan sahaja kena follow up mengenai payment shj, tapi material pun kena kejar juga.. minah ni mmg lembap buat keje.

Sampai ada satu hari tu, aku mmg dah hilang sabar dgn dia, sbb dia mcm x puas hati dgn aku.. sbb aku kejar dia bagai nak rak.. aku sound direct je kat dia dlm phone.. Kalau apa2 berlaku, bos dia marah kenapa job ni tak siap on time.. aku xmo bertanggungjawab.. pandai pula dia xmo bertanggungjawab, dia salahkan orang HQ dia.. nak je aku debik minah bengong nie.

Akhirnya LOA aku dah siap.. dia xnak bg LOA tu atas alasan bos dia nak tgk progress bersama arkitek dulu.. seriously byk sengal mereka ni… apa tak reti baca dalam syarat quotation ke? “50% upon confirmation job” dah la job ni confirm atas mulut je.. paksa kami buat keje tanpa bagi PO n LOA.. Oleh kerana nak duit, aku sabar je la.. aku buat arrangement utk meeting dgn mereka.

Guess what?? 2 kali meeting kena postpone.. yg aku geramnya, minah ni bukan nak bgtau meeting postpone.. bila aku call tanya, “Owh sy baru nak bgtau u meeting postpone la”.. bengong.. last minute baru nak bgtau.. nasib baik buat kat ofis aku je.. tp dia buat aku geram.. sbb kesian kat free lancer aku.. angkut pc dia sendiri.. 2 kali terkena.. apa minah ni, tak boleh ke bgtau awal2.. xkan hari sebelumnya dia masih xtau yg meeting postpone?

Xpe, aku masih boleh sabar.. last dia kesian agaknya dgn aku.. call aku meh la dtg ofis dia, sign LOA tu.. cpt skit utk pemprosesan pembayaran. Maka, aku dengan gembiranya p la Nilai.. n sign LOA tu.. masa tu bos dia pun ada.. Rupa2nya ada org tu ngadu kat bos dia… kata aku ni ganas n garang orangnya.. poyo betul minah tu (dah kawin n aku bajet umur dia 30 lebih nak menghampiri 40).. aku hanya sengih kambing je.. malas nak layan.. lepas tu, client minta aku p matikan setem LOA tu.. adeiii.. knp mereka mcm suka nak menyusahkan aku.. knp x pos je.. mula2 suruh aku dtg sign.. skrg suruh aku bawa blk dokumen tu n matikan setem pada LOA tu.. aku rasa mcm #%#^##@$^%

Tapi aku hanya senyum je la (pandai betul aku berpura2) blk dari sana.. aku terus ke LHDN.. sekali sampai sana.. aku perasan diorang silap eja nama company aku pula.. dlm hati aku dah xtau nak cakap apa.. nak xnak aku terpaksa call minah ni.. esok terpaksa p lagi ofis dia.. rasa mcm nak sekeh n gigit je minah nie. Masa aku p signed LOA tu, aku x check la .. sbb dia dah buka terus kat helaian yg aku patut signed.. aiii sabar je la aku..

Lepas tu, aku ada call minah tu utk follow up meeting utk hari ni.. dia boleh siap tanya.. sama adakah aku ni anak R.. a’ah.. dah sah2 aku tulis nama penuh aku sekali dgn nama ayah aku cuma tiada binti je.. sah2 nama ayah aku mmg satu je dlm dunia nie.. Acece.. sempat lagi bgtau aku.. ayah aku kenal suami dia.. siap ckp baik lagi dgn suami dia.. so?? It doesn’t mean.. yr husband close with my father that i should treat u different.. asalkan ko buat keje elok2.. n x myusahkan aku.. aku layan ko dgn baik je.. tp kalu ko asyik nak myusahkan aku je.. aku pun ada had kesabaran.

Dan hari ni, kena lagi aku dgn minah tu.. bos aku mmg dah ngamuk n bengang dgn minah tu.. siap ckp dah cukup pakej tu... ”Lembap, Bodoh, Bengong”.. nasib baik bos aku x salahkan aku.. dia tau aku xkan buat kesilapan mcm tu.. sbb selama aku keje dgn dia.. ni pertama kali kena.. jadi dia tau ni bukan salah aku.. haha rupanya sebelum ni bos aku mmg dah berbulu dgn minah nie.. bos aku salah quot utk projek ni.. sbb minah tu ckp hanya perlu model 1 building sahaja n tiada interior.. alih2.. ambil ko ada kena buat interior n 4 bangunan pula tu...

Haha nasib nasib.. tunggu je la… when the time come.. I’ll teach u a lesson.. haha wait n see dear. Ko nak report kat bos ko ke.. suami ko ke.. aku peduli apa..

Sunday 1 March 2009

My fav Song di bulan March

Punya la.. aku suka satu lagu nie.. tapi aku tak tau siapa yg nyanyi dan apa tajuk lagu dia.. aku pakai search je kat internet (base pada Top 10 chart juga la) dan akhirnya aku jumpa lagu dia.. dan Video Clip dia pun aku suka..

Tajuk Lagu dia Love Story by Taylor Swift.. She is sooo beautiful.. gosh i love her.. dan character laki dia pun comel n hensem.. Video Clip dia mmg aku suka sgt sbb dia buat ala2 zaman baju kembang (zaman Victoria).. gosh, aku teringin gila nak pakai baju kembang2 ni dan menari mcm tu.. kawaiiii.. smp skrg aku masih suka baca novel zaman tu.. cairrrr dgn character laki n ppuan dia.. Dlm video clip ni nampaknya mcm Taylor Swift mcm tergedik2 gatal.. but she still pretty.. hahaha



We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you