Thursday 14 May 2009

setelah berakhir musim sibuk

Hehe lamanya tak update blog nie.. dah ada orang yang bising2 suruh update.. Seriously, aku sangat bz sekarang.. dan asyik gaduh dgn ayah aku je.. in other words.. I'm stress... hohoho stressss... stress sbb gaduh dengan ayah sendiri dan kerja yang tak menang tangan aku untuk membuatnya.

Anyway aku tak nak citer pasal keje n stress aku.. hohoho sebab nanti hanya tambah stress aku dan buat aku tak boleh nak tido lak nanti malam.

Well aku nak citer pasal life sosial aku.. hohoho bulan April ni memang sungguh sibuk aku ke Terengganu dan Melaka.. ada program kat sana.. siap tercampak kat sana selama 6 hari.. tapi seronok.. sbb dapat buat kawan baru, kenal orang n belajar banyak benda baru..

Lepas tu, aku sempat p Genting bersama Ina Gedik.. bercuti2 di sana.. Mmg enjoy katak betul kat sana.. main game puas2.. naik sebanyak boleh game.. buli orang dengan bestnya.. dan tak lupa juga usha laki2 yang boleh dicuci mata.. kebetulan masa kami p Genting.. ramai tourist dari negara India dan ada di antara mereka yang kacak ok.. seriously handsome.. hohohohoho siap aku n Ina main cup cup.. mana satu yg kami nak.

Di masa yang sama aku bz dating juga... hahaha dalam sibuk2 aku ke hulu ke hilir sempat lagi aku dating dgn Mr M. Almost every week aku akan kluar dengan dia.. Keluar dengan dia agak enjoyable juga.. sbb aku dapat buli n sakat dia dengan bestnya..

Tapi aku agak rasa janggal keluar dengan dia juga.. sbb dia suka layan aku seperti 'Puteri'.. apa jua benda yang aku sentuh n cakap.." cantikkknyaaaa".. "Kiutnyaaaa".. pasti dia akan tanya aku nak dia beli kan tak? erkkk helloooo.. tak payah la.. kalu diteruskan pasti dia akan jatuh muflis dibuatnya aku.. aku ni memang suka je sentuh n pegang barang2 yg comel.. tapi x bermakna aku nak membeli or miliki.. aku hanya sekadar mencuci mata sahaja.

Tak tau la korang kan, memang dah biasa dilayan mcm ni oleh pasangan mereka. Tapi bagi aku memang janggal la.. sbb aku tak pernah biarkan pasangan aku manjakan aku sampai mcm tu.. aku takut aku naik lemak dibuatnya lepas tu jadi ppuan pisau cukur.. haha trust me.. i can become gillete.. hehehe tapi aku tak nak la.. sebab aku tak nak susahkan orang lain lebih2 dalam bab menghabiskan duit orang lain.

Hoho tapi terdetik juga di dalam hati, wah!!! bestnya... dilayan mcm ni sekali sekala.. (ada harapan kena buli dengan aku lebih dasyat lagi).. It seems Mr M mcm sangat2 sukakan aku n sayangkan aku.. eemmm tu la masalahnya, aku masih tiada apa2 perasaan dengan dia. Dia dah anggap aku ni mcm gf dia.. tp aku masih anggap dia sebagai kawan aku. tapi aku nak sangat beri peluang pada dia, tapi di masa yang sama aku rasa sukar untuk menerima dia.

Aku pun tak pasti kenapa begitu jadinya. Aku tak nak dia pk aku hanya menggunakan dia. Dan aku sedar aku masih teringat akan si DIA. Owh sebut pasal si DIA, aku difahamkan oleh kawan Mr M yang kemungkinan besar kereta aku dah kena marked dengan dia. sebab tu aku ke mana sahaja or bersama siapa, dia akan tahu. Salah aku juga tak nak tukar plat kereta aku masa kena sebotaj (ada orang tambah huruf 'S' dan nombor 36 kat plat kereta aku) Aku tak nak la percaya,tapi ada baiknya juga aku tukar sebelum polis saman aku.. hehe.

Tapi kalu betul apa yg kawan Mr M cakap.. seriously aku sangat2 geram dgn DIA.. tergamak dia buat mcm tu kat aku.. patut la selama ni aku jadi pembuli jalan raya, xde sape buli aku balik.. hahaha gurau je.. tapi sekarang aku tau sudah mcm ne DIA suruh anak buah DIA ikut aku.. sungguh terasa hampeh.. dan yg pastinya aku juga tahu anak buah dia perhatikan rumah sewa aku juga.. hohoho sungguh hebat..

Aku memang tak faham sungguh dgn si DIA. Sayangkan aku tapi tak nak hidup bersama dengan aku atas alasan dia tak kan hidup lama. Tapi di masa yang sama tak boleg tengok aku bersama dengan laki lain atau terus kan hidup aku tanpa dia.. OK, can someone tell me.. apa yang dia nak sebenarnya dari aku?

Sebut pasal rumah sewa aku.. kini adik aku si Bob menumpang di rumah aku. OK lah, ada orang boleh teman aku.. dan nak siasat juga siapakah anak buah dia yang perhatikan aku? ke rumah aku ni dah dipasang kamera.. aduiiii aku nak kena cari pengesan kamera.. seriously, aku dah agak risau n takut.. takut peristiwa lama berulang kembali.. wawawawa

Okla, time to sleep.. mcm dah banyak je aku membebel dalam ni.. nanti ada masa aku akan ambil masa untuk update betul2 blog ni dan blog yang lain.

Sunday 3 May 2009

Masih Jua

Hohoho lamanya tak update blog nie.. bz banget outstation.. hehe i'll try to update my blog again.. byk benda nak citer juga ni..

Anyway aku baru lepas tgk Ghost Season 2.. and i love the theme song.. enjoy it. Kena tgk TV siri ni.. besttttt!!! Season 1 layannnn.. season 2 pun mcm best

Opening Montage Ghost season 1...




Ok ni dia punya opening montage utk Ghost 2.. Tayangan di TV8 pada hari Ahad pukul 10.30 malam..