Wednesday 28 October 2009

Sunday 26 July 2009

Status terkini ((^^)

Dah 2 bulan tak update blog nie.. sbb aku terlampau bz dengan kerja dan aktiviti harian aku.. Banyak benda yang aku nak cerita kan di sini.. smp dah tak tau nak cerita yang mana satu.

Yang pastinya kini aku berada di Reinassance Hotel, Melaka.. ada program C-TAP dan aku bakal menghuni hotel ni lagi 4 hari.. layannnnnn.. Dan aku baru balik dari Kuala Terengganu pada hari Jumaat lepas.. penat pun tak abis lagi dah kelam kabut ke Melaka. Aku dijangka sibuk sehingga lepas hujung August sahaja.. Lepas raya puasa aku tak pasti lagi macam ne jadual kerja aku.

Tapi yang pastinya, akan sibuk pada hujung minggu sehingga tahun depan. hehe mana taknya aku p ambil SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) untuk Jurukecantikan yang ditaja oleh FELCRA. Kelas aku hanya pada hujung minggu dan kursus ni selama setahun. So, by next year aku dah boleh jadi mak andam (jika aku ada bakat ler.. hehe) or buka spa kecantikan.. hehe tapi tujuan aku ikuti program ni adalah untuk mengaplikasikannya pada diri aku.. hehe wanita mana tak suka mencantikkan diri.. semua nak nampak cun or comel.

Mama n papa dah sebulan di Michigan, US.. dan sekarang mereka ada kat Los Angeles.. akhirnya next week mereka akan kembali ke Malaysia. Harap-harap mereka akan kembali dengan selamat dan dijauhi dari penyakit H1N1 a.k.a selsema oink oink.. Mama cakap dia ada belikan hadiah special for me.. muahaha I wondering what.. aku bajet mixer kitchen Aid.. hohoho warna maroon.. hehe

Tok Cah dah selamat 'CUCI MATA' a.k.a operate mata buang selaput. Mata kanan berjaya diselamatkan tapi mata kiri mungkin dah banyak urat saraf dia rosak. So mungkin penglihatan tok cah tak kan kembali 100% pulih.. mungkin hanya 20%.. Alhamdulillah, kami berjaya pujuk dia p jumpa pakar mata dan aku yakinkan dia untuk buat operation mata tu. Selasa ni mata kiri dia pula yg akan dioperate.. dan tok cah dah tak takut sangat... sbb dia cakap tak sakit dan tiada apa2 pun.. yela operation mata sekarang guna laser je.. hehe teknologi dah canggih.

Emmm.. mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan... kat bawah blog ni ada benda baru.. hehehe Daisypath yang comel.. dan yang menariknya.. tajuk dia ((^^) Now I'm with... mesti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan beliau. kena pula aku mention 'Boy'.. hehe sebenarnya aku dgn Mr M dah mcm couple.. Mr M ni si Ikan Emas tu ler.. tp yg kelakarnya kami tak pernah declare couple.. bila kami declare pun aku tak tau.. malah dia pun tak tau.. haha kelakar pula aku rasa.. apa sebenarnya hubungan kami ini? Kami hari2 call n sms.. asal ada peluang kami keluar bersama dan abiskan masa bersama. Dia dah jumpa dengan babah, pakcik makcik aku, tok cah dan embah.. kecuali mama n papa.. sbb dorang ke US dan macam biasa takut nak bawa dia jumpa mama sebenarnya.. haha

Maybe nexti time, aku akan citer pasal Boy ni.. aku rasa cukup la smp sini dulu.. Dah penat, esok nak bangun pagi.. program start kul 7.. hehe

All I can say now, semuanya aku berserah kepada Allah... of course Si Dia tahu akan kewujudan Boy nie.. tapi aku dah malas nak ambil pusing dan jaga hati dia.. Lagi pun, ini jalan yang Dia pilih.. aku hanya turuti kehendak dia.. meneruskan hidup tanpa Dia.

Thursday 14 May 2009

setelah berakhir musim sibuk

Hehe lamanya tak update blog nie.. dah ada orang yang bising2 suruh update.. Seriously, aku sangat bz sekarang.. dan asyik gaduh dgn ayah aku je.. in other words.. I'm stress... hohoho stressss... stress sbb gaduh dengan ayah sendiri dan kerja yang tak menang tangan aku untuk membuatnya.

Anyway aku tak nak citer pasal keje n stress aku.. hohoho sebab nanti hanya tambah stress aku dan buat aku tak boleh nak tido lak nanti malam.

Well aku nak citer pasal life sosial aku.. hohoho bulan April ni memang sungguh sibuk aku ke Terengganu dan Melaka.. ada program kat sana.. siap tercampak kat sana selama 6 hari.. tapi seronok.. sbb dapat buat kawan baru, kenal orang n belajar banyak benda baru..

Lepas tu, aku sempat p Genting bersama Ina Gedik.. bercuti2 di sana.. Mmg enjoy katak betul kat sana.. main game puas2.. naik sebanyak boleh game.. buli orang dengan bestnya.. dan tak lupa juga usha laki2 yang boleh dicuci mata.. kebetulan masa kami p Genting.. ramai tourist dari negara India dan ada di antara mereka yang kacak ok.. seriously handsome.. hohohohoho siap aku n Ina main cup cup.. mana satu yg kami nak.

Di masa yang sama aku bz dating juga... hahaha dalam sibuk2 aku ke hulu ke hilir sempat lagi aku dating dgn Mr M. Almost every week aku akan kluar dengan dia.. Keluar dengan dia agak enjoyable juga.. sbb aku dapat buli n sakat dia dengan bestnya..

Tapi aku agak rasa janggal keluar dengan dia juga.. sbb dia suka layan aku seperti 'Puteri'.. apa jua benda yang aku sentuh n cakap.." cantikkknyaaaa".. "Kiutnyaaaa".. pasti dia akan tanya aku nak dia beli kan tak? erkkk helloooo.. tak payah la.. kalu diteruskan pasti dia akan jatuh muflis dibuatnya aku.. aku ni memang suka je sentuh n pegang barang2 yg comel.. tapi x bermakna aku nak membeli or miliki.. aku hanya sekadar mencuci mata sahaja.

Tak tau la korang kan, memang dah biasa dilayan mcm ni oleh pasangan mereka. Tapi bagi aku memang janggal la.. sbb aku tak pernah biarkan pasangan aku manjakan aku sampai mcm tu.. aku takut aku naik lemak dibuatnya lepas tu jadi ppuan pisau cukur.. haha trust me.. i can become gillete.. hehehe tapi aku tak nak la.. sebab aku tak nak susahkan orang lain lebih2 dalam bab menghabiskan duit orang lain.

Hoho tapi terdetik juga di dalam hati, wah!!! bestnya... dilayan mcm ni sekali sekala.. (ada harapan kena buli dengan aku lebih dasyat lagi).. It seems Mr M mcm sangat2 sukakan aku n sayangkan aku.. eemmm tu la masalahnya, aku masih tiada apa2 perasaan dengan dia. Dia dah anggap aku ni mcm gf dia.. tp aku masih anggap dia sebagai kawan aku. tapi aku nak sangat beri peluang pada dia, tapi di masa yang sama aku rasa sukar untuk menerima dia.

Aku pun tak pasti kenapa begitu jadinya. Aku tak nak dia pk aku hanya menggunakan dia. Dan aku sedar aku masih teringat akan si DIA. Owh sebut pasal si DIA, aku difahamkan oleh kawan Mr M yang kemungkinan besar kereta aku dah kena marked dengan dia. sebab tu aku ke mana sahaja or bersama siapa, dia akan tahu. Salah aku juga tak nak tukar plat kereta aku masa kena sebotaj (ada orang tambah huruf 'S' dan nombor 36 kat plat kereta aku) Aku tak nak la percaya,tapi ada baiknya juga aku tukar sebelum polis saman aku.. hehe.

Tapi kalu betul apa yg kawan Mr M cakap.. seriously aku sangat2 geram dgn DIA.. tergamak dia buat mcm tu kat aku.. patut la selama ni aku jadi pembuli jalan raya, xde sape buli aku balik.. hahaha gurau je.. tapi sekarang aku tau sudah mcm ne DIA suruh anak buah DIA ikut aku.. sungguh terasa hampeh.. dan yg pastinya aku juga tahu anak buah dia perhatikan rumah sewa aku juga.. hohoho sungguh hebat..

Aku memang tak faham sungguh dgn si DIA. Sayangkan aku tapi tak nak hidup bersama dengan aku atas alasan dia tak kan hidup lama. Tapi di masa yang sama tak boleg tengok aku bersama dengan laki lain atau terus kan hidup aku tanpa dia.. OK, can someone tell me.. apa yang dia nak sebenarnya dari aku?

Sebut pasal rumah sewa aku.. kini adik aku si Bob menumpang di rumah aku. OK lah, ada orang boleh teman aku.. dan nak siasat juga siapakah anak buah dia yang perhatikan aku? ke rumah aku ni dah dipasang kamera.. aduiiii aku nak kena cari pengesan kamera.. seriously, aku dah agak risau n takut.. takut peristiwa lama berulang kembali.. wawawawa

Okla, time to sleep.. mcm dah banyak je aku membebel dalam ni.. nanti ada masa aku akan ambil masa untuk update betul2 blog ni dan blog yang lain.

Sunday 3 May 2009

Masih Jua

Hohoho lamanya tak update blog nie.. bz banget outstation.. hehe i'll try to update my blog again.. byk benda nak citer juga ni..

Anyway aku baru lepas tgk Ghost Season 2.. and i love the theme song.. enjoy it. Kena tgk TV siri ni.. besttttt!!! Season 1 layannnn.. season 2 pun mcm best

Opening Montage Ghost season 1...




Ok ni dia punya opening montage utk Ghost 2.. Tayangan di TV8 pada hari Ahad pukul 10.30 malam..

Tuesday 31 March 2009

Hati ini..

Seminggu ni aku terasa seperti di awan-awangan.Setiap malam aku berasa seperti mendapat layanan yang istimewa, rasa disayangi dan dihargai. Dah lama aku tak berasa seperti ni.. Kali terakhir, aku rasa seperti ni adalah masa aku bersama DIA, di mana 6 tahun lepas.

Gosh.. hehe 6 tahun lepas tu.. ikhlas, aku masih teringat akan DIA, but life must go on. Dunia tetap berputar walaupun dia tidak ingin bersamaku (eemm is that the correct statement?? Haha biarlah, it doesn’t matter anymore, all I want is just my life back.. siapa yang tak nak siapa sudah tidak penting lagi kerana hanya DIA sahaja yang tahu kenapa hubungan kami sampai di sini sahaja dan kenapa aku membuat keputusan untuk melepaskan DIA). Suka atau tidak aku terpaksa menyusun langkah untuk meneruskan hidup ini.

Dan seminggu kebelakangan ini, perasaan itu kembali.. Walaupun ianya tidak sehangat atau sehebat seperti 6 tahun lalu, tapi ianya masih membuat aku tersenyum dan ketawa dengan hati yang lapang.

Tapi di masa yang sama, aku berasa takut dengan perasaan gembira ini. Kadang-kadang aku menjadi tak keruan memikirkannya. Ya... Ianya sangat mengganggu aku dan menakutkan aku.. Yup.. Perasaan ”JATUH CINTA”..

Aku pun tak pasti sama ada aku telah jatuh cinta atau tak.. haha kelakar kan.. lama sangat kot tak merasa diri ini diperlukan atau dihargai. Tapi di masa yang sama aku rasa musykil.. ye la.. it is too fast too furious.. mana mungkin aku baru kenal seminggu aku dah boleh merasai perasaan pelik ni.

Memang la aku ni jenis yang mudah jatuh hati, tapi aku tau selalunya tak lama.. just for fun dan mengisi masa lapang je. Tapi kali ni rasa agak pelik, eemm entah la.. susah untuk aku menerangkan dengan kata-kata.

Yang pastinya bukan aku sahaja berasa begini, malah dia juga merasa benda yang sama dan dia pula tanpa berfikir panjang untuk menilai perasaan itu terlebih dahulu dan meluahkannya tanpa segan silu dan menyatakan yang dia menyukai dan menyayanngi aku. Bagi aku memang agak pelik dan musykil, bagaimana dengan mudah dia boleh menyukai aku dan sedangkan dia tidak mengenali aku?

Setiap kali dia cakap dia sayang aku.. aku hanya mampu tergelak sinis dan memerli dia. Dan setiap kali tu juga aku akan bertanya, ”Kenapa awak suka saya?” dan dia akan menjawap ”Suatu hari nanti awak akan tahu”.. Erkk helloo.. aku tak nak tunggu hari tu datang.. aku nak tahu sekarang! Dia sendiri pun tak tahu kenapa.. tapi dia cakap dia yakin akan perasaan itu. Erkk hellooo againn... Yakin sahaja tak cukup ok.

Entahla, aku sepatutnya berasa gembira.. kerana akhirnya ada orang sayang dah hargai aku (eemm sebelum ni pun ada je.. tapi aku kureng berkenan), tapi tak tau kenapa aku rasa seperti tak pasti, tak yakin.. adakah ini yang aku mahukan??

Hakikatnya, aku tak bersedia untuk bercinta dan dilukai kembali. Ya, itu la yang sebenarnya. Apa yang DIA telah buat dan tinggalkan parut di hati ini, membuatkan aku sentiasa ingat akan DIA, agar lebih berhati-hati terhadap sesebuah perhubungan dan jangan mudah mempercayai lelaki.

Aku ingin disayangi dan dicintai tapi di masa aku takut disayangi dan dicintai...

Sebab tu sebelum ni aku lebih selesa hanya dengan status ”SKANDAL”, kerana skandal tak kan lama dan aku boleh datang dan pergi dari perhubungan itu begitu sahaja, tanpa perlu rasa terikat atau bersalah. Ish ish sejak bila aku jadi NAKAL nie?

Kebenarannya, aku masih hilang dalam terang. Aku impikan sebuah perhubungan yang bahagia tapi aku tau ianya terlalu sukar untuk aku menggapainya, kerana perhubungan yang aku impikan adalah perhubungan yang sempurna. Tapi kesempurnaan itu adalah mustahil dalam dunia ini. Adakah kerana ini juga membuat aku takut untuk menerima cinta dari sesiapa?

Ahuuhhhh...

Sunday 29 March 2009

Pengapit

Sabtu lepas, dalam ulung kalinya dalam sejarah hidup aku selama 29 tahun ni, aku menjadi pengapit. Pengapit?? Hohoho yea.. Pengapit kepada pengantin sepupu aku si Da di Seremban. Kebetulan pengapit sepupu aku, tak turun kenduri di Seremban ni, so last minute Da mencari orang untuk menggantikannya. Kebetulan juga aku akan pergi ke kenduri dia, jadi dia pilih aku untuk jadi pengapit dia.. dengan harapan aku akan dapat ambil berkat untuk jadi pengantin berikutnya.. hohoho ni la apa yg orang tua2 cakap. Aku takde la nak percaya sangat.. sebab adik aku si Bob tu berapa kali jadi pengapit, tak juga naik pelamin.. haha

Tapi gara2 tu, aku memang kelam kabut la mencari baju yang sesuai nak jadi pengapit ni. Haha gabra gak aku dibuatnya, mana taknya aku mana ada pengalaman jadi pengapit nie, kena buat apa pun aku tak tau.. Plus sepupu aku ni bagi short notice one day earlier sebelum hari wedding.. End up aku pakai baju kebaya moden yang aku baru beli tu tapi kain takde la pula sebabnya aku beli baju nya sahaja.. hehe puas aku geledah bilik persalinan aku untuk match kan dengan baju kebaya putih moden tu. Sekali baru teringat kain batik yang bakal adik ipar aku bagi sebelum ni. Dan aku rasa tu la, yang paling sesuai untuk dipakai bersama.. Haha tapi masalahnya kain batik tu belum dijahit. Jumaat tu, terpaksa aku pi kedai Kak Sal minta jasa baik dia jahitkan dan petang tu aku nak ambil sudah.. Alhamdulillah sempat siap. Tapi yang kelakarnya, aku terlupa pasal tudung pula. Adei.. tiada pula tudung yang sesuai.. hehe end up, aku pakai je la dengan tudung putih..
Tugas pengapit ni hanya pastikan si pengantin sentiasa cun dan anggun. Pastikan make up dia sentiasa cantik. Lap peluh dia. Kipas dia untuk pastikan dia tak panas. Payungkan dia masa panas. hihi takdela susah sangat.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. fuh serious takdela best sgt jadi pengapit nie. Penat dan berpeluh juga. Haha cuma mungkin yang bestnya sebab dapat tumpang glamour je la. Tapi rasanya macam takdela juga.. hehe..

Nak tau sama ada betul ke tak apa yang orang tua2 cakap tu.. mari kita lihat sama ada lepas ni aku naik pelamin ke tak? Hahaha whereby I doubt it.

Thursday 26 March 2009

Si Ikan Emas

Dah lama pula aku tak update life aku pasal skandal2 aku.. hoho skandal la sangat.. okla kisah laki-laki yang tersesat dalam hidup aku..

Aku ada kenal seorang laki ni dalam skype,dia nak add aku. Mungkin sebab mood aku baik hari tu, maka aku add je la dia tanpa banyak fikir. Dia tanya aku kat mana? aku jawab "BUMI".. haha dia gelak je.. Dia tanya aku asal mana? Aku jawap "BUMI" lagi. Hampir kebanyakkan soalan dia tanya aku, aku jawap "Bumi".. boleh tahan juga tahap kesabaran dia terhadap aku.. Hehe aku kadang2 mmg suka nak ngusik orang dan loyar buruk. (owh aku start chat dgn dia hari Isnin lepas.. hehe baru 4 hari kawan ma)

Petang tu, kami sibuk berchatting.. tanggapan pertama aku terhadap dia adalah.. dia ni seorang yang baik, penyabar dan macam ala-ala tabligh atau alim. Hehe kenapa aku cakap mcm tu? Sebab dia tau je nak refer pada surah mana dalam al-quran untuk menyokong kata2 dia.. aku hanya mampu tersenyum je bila baca apa yg dia tulis. Dan aku bajet aku dan dia takkan lama kawan. Sebab pemikiran kami terlalu berbeza.

Aku jenis yang huha nya orang, sedangkan dia pula orang yang mencari keredhaan Allah.. Huh bukan la aku tak mencari keredhaanNya, tapi aku memang ngaku aku lebihkan duniawi dari akhirat, sedangkan dia sebaliknya. Tapi hingga ke hari ni, sangkaan aku meleset sama sekali. Kami masih berkawan dan aku tak tahu sampai bila kami mampu mengekalkan persahabatan ini.

Setakat ni kami dah bertukar no telefon dan sejak dia mempunyai no hp aku, setiap malam dia telefon aku.. dan cakap berjam-jam.. Pelik kan?? orang mcm dia boleh bergayut lama2 dgn aku.. apa yang kami bualkan?? Macam2 topik.. dari hal dunia hingga la ke urusan akhirat. Tapi yang peliknya, tanggapan pertama aku tak match langsung dengan cara dia bercakap.. cara dia cakap mcm agak rock dan selamba.. hehe bukan apa, kalau orang yang alim2 ni cara percakapan mereka begitu sopan, halus berbicara mereka.. kira tenang je tinger bila dengar kan.. Tapi dia memang agak berbeza.

Owh aku panggil dia Ikan Emas.. hehe sebab dia selalu lupa apa yang dia nak cakap bila aku selalu potong dia cakap.. hehe buat pengetahuan korang Ikan Emas memang pelupa.. ni fakta tau.. hehe

Dia sebaya dengan aku, orang Shah Alam dan membesar di Shah Alam.. malah dia sekolah di SM seksyen 19.. woooo nasib baik aku tak skool kat situ.. hehe dia prefect masa kat skool tu. Tinggi 173cm berat 80kg, anak bongsu dan anak laki tunggal. Dia tinggal kat batu 3, ayah dia bekas bomba, dia ada 2 kakak tiri, kerjaya: freelance.. supaya dia dapat lebih kepada ibadat kepada Allah.. hehe gila byk maklumat pasal dia aku tau kan.. haha biasa la aku menjalankan sesi soal siasat..

Sedangkan dia tak tau pun sangat pasal aku.. even nama aku pun dia tak tau.. haha teruk kan aku.. saje suka mendera dia.. aku suruh dia cari sendiri.. gila nakal aku.. aku banyak berahsia dengan dia.. tapi dia masih bersabar dengan aku.

Tapi bagi aku, Ikan Mas ni memang lain dari kawan2 skype yang aku kenal.. aku tak tau kenapa.. aku rasa seronok berbincang dan bergaduh pendapat dengan dia.. Dan yang kelakarnya, adalah alasan yang dia berikan kenapa dia suka berkawan dengan aku.. dia cakap sebab dia nak latih diri dia.. pelik sungguh jawapan dia.. haha melatih diri untuk lebih bersabar ke? atau melatih diri untuk menepis segala bentuk perlian dari aku atau berlatih untuk menyangkal segala hujah2 dari aku.. hehehe

Tapi semalam, masa dia bertazkirah kat tinger aku nie.. tak tau kenapa terlintas satu pertanyaan di kepala aku. Aku terfikir kenapa Allah kenalkan aku kepada dia. Bagi aku, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sama juga dalam hal jumpa dan mengenali seseorang.

Emm entah la, tapi sejak dia rajin borak dengan aku, dia asyik buat aku teringat kepada DIA. Aku rindukan DIA.. rindu nak berborak dan bergaduh dgn dia.. hehe

Anyway, aku suka kawan baru aku nie.. Dia boleh dibuat kawan.

p/s- Hehe tanggapan aku tak salah mengenai dia.. kenapa dia yang baik2 tu bercakap agak selamba dan rock.. sbb dulu dia tu agak nakal skit.. kira penah jadi street performance dan bergaul dengan macam2 jenis orang. Kemudian, dia ada terima hidayah dari Allah swt membuatkan dia berubah menjadi orang yang lebih baik.