Tuesday, 31 March 2009

Hati ini..

Seminggu ni aku terasa seperti di awan-awangan.Setiap malam aku berasa seperti mendapat layanan yang istimewa, rasa disayangi dan dihargai. Dah lama aku tak berasa seperti ni.. Kali terakhir, aku rasa seperti ni adalah masa aku bersama DIA, di mana 6 tahun lepas.

Gosh.. hehe 6 tahun lepas tu.. ikhlas, aku masih teringat akan DIA, but life must go on. Dunia tetap berputar walaupun dia tidak ingin bersamaku (eemm is that the correct statement?? Haha biarlah, it doesn’t matter anymore, all I want is just my life back.. siapa yang tak nak siapa sudah tidak penting lagi kerana hanya DIA sahaja yang tahu kenapa hubungan kami sampai di sini sahaja dan kenapa aku membuat keputusan untuk melepaskan DIA). Suka atau tidak aku terpaksa menyusun langkah untuk meneruskan hidup ini.

Dan seminggu kebelakangan ini, perasaan itu kembali.. Walaupun ianya tidak sehangat atau sehebat seperti 6 tahun lalu, tapi ianya masih membuat aku tersenyum dan ketawa dengan hati yang lapang.

Tapi di masa yang sama, aku berasa takut dengan perasaan gembira ini. Kadang-kadang aku menjadi tak keruan memikirkannya. Ya... Ianya sangat mengganggu aku dan menakutkan aku.. Yup.. Perasaan ”JATUH CINTA”..

Aku pun tak pasti sama ada aku telah jatuh cinta atau tak.. haha kelakar kan.. lama sangat kot tak merasa diri ini diperlukan atau dihargai. Tapi di masa yang sama aku rasa musykil.. ye la.. it is too fast too furious.. mana mungkin aku baru kenal seminggu aku dah boleh merasai perasaan pelik ni.

Memang la aku ni jenis yang mudah jatuh hati, tapi aku tau selalunya tak lama.. just for fun dan mengisi masa lapang je. Tapi kali ni rasa agak pelik, eemm entah la.. susah untuk aku menerangkan dengan kata-kata.

Yang pastinya bukan aku sahaja berasa begini, malah dia juga merasa benda yang sama dan dia pula tanpa berfikir panjang untuk menilai perasaan itu terlebih dahulu dan meluahkannya tanpa segan silu dan menyatakan yang dia menyukai dan menyayanngi aku. Bagi aku memang agak pelik dan musykil, bagaimana dengan mudah dia boleh menyukai aku dan sedangkan dia tidak mengenali aku?

Setiap kali dia cakap dia sayang aku.. aku hanya mampu tergelak sinis dan memerli dia. Dan setiap kali tu juga aku akan bertanya, ”Kenapa awak suka saya?” dan dia akan menjawap ”Suatu hari nanti awak akan tahu”.. Erkk helloo.. aku tak nak tunggu hari tu datang.. aku nak tahu sekarang! Dia sendiri pun tak tahu kenapa.. tapi dia cakap dia yakin akan perasaan itu. Erkk hellooo againn... Yakin sahaja tak cukup ok.

Entahla, aku sepatutnya berasa gembira.. kerana akhirnya ada orang sayang dah hargai aku (eemm sebelum ni pun ada je.. tapi aku kureng berkenan), tapi tak tau kenapa aku rasa seperti tak pasti, tak yakin.. adakah ini yang aku mahukan??

Hakikatnya, aku tak bersedia untuk bercinta dan dilukai kembali. Ya, itu la yang sebenarnya. Apa yang DIA telah buat dan tinggalkan parut di hati ini, membuatkan aku sentiasa ingat akan DIA, agar lebih berhati-hati terhadap sesebuah perhubungan dan jangan mudah mempercayai lelaki.

Aku ingin disayangi dan dicintai tapi di masa aku takut disayangi dan dicintai...

Sebab tu sebelum ni aku lebih selesa hanya dengan status ”SKANDAL”, kerana skandal tak kan lama dan aku boleh datang dan pergi dari perhubungan itu begitu sahaja, tanpa perlu rasa terikat atau bersalah. Ish ish sejak bila aku jadi NAKAL nie?

Kebenarannya, aku masih hilang dalam terang. Aku impikan sebuah perhubungan yang bahagia tapi aku tau ianya terlalu sukar untuk aku menggapainya, kerana perhubungan yang aku impikan adalah perhubungan yang sempurna. Tapi kesempurnaan itu adalah mustahil dalam dunia ini. Adakah kerana ini juga membuat aku takut untuk menerima cinta dari sesiapa?

Ahuuhhhh...

5 comments:

az said...

hohoho!

What else shall I say.
Love is indeed in the air!
;)

Aurora said...

hoho jangan jangan.. masih banyak yang perlu aku kaji dan fikirkan.. tp ikhlas takut mengatasi segala2nya dan ianya mbuatku rasa ingin menolak perasaan itu

sKywAlkeR said...

Lalalla.......

buffyhunter said...

wow...
besnye hidup aurora skran ek...
yg pentg bukakan hati...
baru leh bhgia...
jgn di bndg ngn yg lepas...
bukan semua org sm...
kan kan kan...
heheheh...

nurizzmin said...

sis... d lamun cinta???
x tahu pun???
patut lah nak jumpa aku ada gosip nyek???
siapakah jejaka misteri itu???