Tuesday 24 March 2009

Siput babi yang tak sedar diri

Petang ni aku sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt berbuluuuuuuuuu dengan semua driver2 siput babi yg tak sedar diri.. eeeeeeeeeeeeeeeeeee aku mmg xle nak tolerate dgn driver ala2 siput babi yg tak sedar diri.. geram sungguhh!!!

Kenapa aku panggil mereka driver siput babi tak sedar diri?
  1. siput babi bergerak sgt2 la lembap... seminit xtau la sejauh mana dia dah smp..
  2. bayangkang siput babi yg lembap tu.. ada hati nak bawa kereta pula..
  3. dah la ada hati nak bawa kereta lepas tu, ada hati pula nak duduk lane yang paling laju..
Memang dasar siput babi yg tak sedar diri!!!
(psst jgn salah faham k.. aku panggil "siput babi" bukan sbb perkataan kedua k. tapi sebab kelembapan mereka.. kebetulan pula si siput babi nie.. nama kedua dia adalah binatang haram tu hahaha..bukan aku maki mereka dengan bermaksud "Bab1" tu... aii mcm ne la, aku tak panggil mereka siput babi.. duduk lane laju, tapi bawa just 80 - 90km/j je.. lepas tu jarak kereta antara kereta dia dan depan dia.. boleh sumbat bas.. pastu asyik bagi org potong dia.. apa dia ingat kereta belakang ni baik hati sangat ke bagi kereta lain potong Q.. )

Dah la, aku yang sedang memandu di belakang anda rasa seperti nak lenyek je korang dari belakang.. nasib baiklah kereta comel aku tu bukan kereta kebal atau kereta big foot.. kalu tak, memang dah abis semuanya aku langgar dan lenyek biar jadi besi buruk semua kenderaan yang dipandu oleh siput babi nie..

Aku nie bukan apa.. aku memang sedar cara pemanduan aku... mmg la mcm F1, tapi tolong la ada consideration pada kami2 yang sememangnya nak cepat.

Petang ni memang banyak dugaan aku, aku ni pula punya la nak balik cepat.. sebabnya nak tgk SPA Q 2.. hehe minggu ni minggu terakhir, dah la semalam tak tengok.. so hari ni nak la tgk kan, apa jadi dgn citer plastik nie. Tapi tak tau la knp, byk pula dugaan yg terpaksa aku terima.

First, aku dah tutup PC aku.. baru aku sedar.. ada pula kerja aku yang aku tak save dalam thumbdrive aku.. adei kena la pula ON kan semula dan copy kerja aku ke dalam tu.. (kentut betul)

Second, sebelum aku naik kereta.. terpaksa la aku singgah bank dekat dgn ofis aku untuk keluarkan duit dan tambah nilai aku punya kad Touch n Go.. sbbnya dalam purse aku cuma ada sekeping note RM 1 sahaja dan beberapa keping syiling.. di mana cukup la untuk lepas tol Besraya RM1.30 tu.. Aku sampai je depan bank, aku nampak security tutup pintu dan letak nota x boleh masuk.. adeiii penat je aku berjalan ke bank.. ingatkan nak balik terus tapi baru aku teringat aku punya tangki minyak kereta dah hampir kontang. Nak tak nak kena singgah isi minyak kat Petronas, dan nasib baik ada ATM.. boleh la aku keluarkan duit dan tambah nilai Touch n Go.

Hohoho ku sangkakan segala2nya berjalan dengan lancar.. dan aku sememangnya sedia maklum dengan keadaan jalan MRR2.. aku dah tau di area mana bakal jam dan laluan mana yang perlu aku selit2kan kereta aku untuk pastikan aku berada di fast track.

Third, aiii tak tau la kenapa... waktu tu juga la aku rasa seperti nak terkucir.. adeiiii masa kat ofis tadi takde pula perasaan ingin ke tandas, tapi di kala ini lah perasaan tu nak datang mencanak2.. eeee sungguh menggeramkan.. nak berhenti singgah di mana2 stesen petrol, amat2 la aku tak hingin.. sbb aku nak cepat smp umah.
Tapi apakah daya, hari ni ramai pula siput2 babi yang tak sedar diri wannabee (ingin jadi) F1. Dan gara2 WANNABEE yg tak sedar ini, area yang tak sepatutnya jam pun jadi jam. EEeee sungguh berbulu aku kepada mereka ni..

Tak tau kenapa ramai betul siput babi tak sedar diri petang ni.. agaknya sebab cuaca tak panas dan rasa dingin (sebab hari ni hujan dari pagi sampai la ketengah hari).. membuatkan mereka lupa daratan..dan menyusahkan aku yang tengah terdesak nak ke tandas.. Puas aku cuba bertenang agar perasaan nak ke tandas tu takde la terdesak sgt. Tapi disebabkan siput2 babi yang tak sedar diri ini, aku telah menjadi hilang sabar.

Fourth, kebetulan pula aku nya Smart Tag tak bernyawa.. jadi aku ingatkan bateri abis.. aku siap beli bateri baru di Petronas dan gantikan bateri lama. Adei, tak berfungsi juga Smart Tag aku.. sahih.. dah rosak.. wawawawa sedihnya.. sekarang aku dah takde Smart Tag.. kalu nak beli baru mesti RM100++. Nak tak terpaksa la aku melalui laluan Touch n Go.

Oleh kerana aku terdesak nak sampai umah dengan cepat, maka aku terpaksa la memandu kereta seperti orang gila yang nak tercirit memotong semua kereta2 siput babi.. haha (kan tu selalu kita cakap kepada kereta2 yang drive laju gila dan mcm org gila menyelit kiri kanan.."bawa laju2 nak smp cepat ke umah sebab nak terberak kot" hahaha gitu la ayat memerli kita kepada pemandu2 yg kurang hemah ni).

Fifth, selepas aku melalui tol terakhir ke rumah aku.. (terpaksa melalui highway Kajang Silk untuk cepat sampai ke rumah), tah mcm ne.. aku letak kad Touch n Go tak elok2.. tergolek pula kad tu tepi ruang handbrake kereta aku.. adei @$&^!*%^ sungguh menambah kebengangan aku.. puas aku cuba capai.. tapi makin jatuh ke bawah pula.. (agaknya inilah balasan aku asyik duk kutuk si siput2 babi wannabee nie).

Akhirnya, aku sampai rumah dengan selamat.. pada pukul 6.45pm.. syukur... sempat juga aku membuat urusan peribadi dan menonton SPA Q 2.

Tapi kegeraman aku kepada Siput2 babi wannabee ni, memang masih belum reda lagi.. haha sebab itu aku mengomel di dalam ini..

Hehe apa la dosa si siput babi... mesti petang ni banyak siput babi yg tersedak2 sbb aku asyik sebut nama mereka je. Hahaha ksian siput babi.. kerana kebodohan, mementingkan diri sendiri dan kelembapan pemandu kereta.. Aku telah menyamakan mereka seperti siput babi.. so slowpoke!!

p/s- Korang tu kalu jadi pemandu, jadi la pemandu berhemah.. tapi jangan la jadi seperti siput babi WANNABEE yang tak sedar diri.. tolong la duduk di lane yang bersesuai dengan hemat anda.. jangan la nak duduk lane paling laju.. ianya utk mereka memandu ala2 F1, nak cepat ke destinasi, emengency.. kalu korang nanpak kereta belakang mcm laju or dah start cucuk tu.. faham2 la, bahawa anda sedang menghalang kelancaran pergerakan kereta. Dan adakah anda sedar.. kadang2 kerana siput babi WANNABee yang tak sedar diri ini adalah faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di KL dan paling teruk sekali penyebab kemalangan.
Last but least, kesian dan simpati lah kepada orang seperti aku yg nak terdesak nak ke tandas nie.. haha, boleh tak sepanjang dalam kereta aku asyik terfikir botol botol botol!!! hahaha

4 comments:

Blogger said...

ada rule high beam 3 kali. pastu hon. kalau x paham jugak. try cari jalan nak potong. pastu brek mengejut. lepaskan sebiji jari tengah ke belakang kemudian speed up. okay?

Aurora said...

uih hebatnya ko punya rule.. haha aku x penah lagi oooo tayang jari tengah kat pemandu2 yg WANNABEE siput babi nie..

Aku selalu high beam 2 kali je.. pastu cucuk dari belakang dengan dekat.. kalu x faham gak.. mmg ambil peluang potong dia.. n cilok depan dia blk dgn gaya jahat.. dan selalunya baru mereka terkedek2 masuk lane tengah.. hehe

az said...

alamak.
aku pernah ke jadik siput babi.
adeh, mcm penah aje.

Aurora said...

haha ko penah ke? kalu penah.. ko kena duduk lane yg 1 atau 2.. jgn duk lane 3 tau... nanti kena marah dgn agresif driver macam aku n Benrauf.. hehe

p/s- kepada mereka2 yg terasa dgn post ni minta maaf la yea.. xde maksud nak marah or bengang dgn korang.. cuma kadang2.. kalu aku ni bawa kereta kebal.. mmg dah ku lenyek je mereka2 yg x reti ke tepi bila dah bg signal