Sunday 22 March 2009

Disney On Ice - Fasa 2

Ok sambung balik kisah mengenai Disney On Ice.. Show malam tu abis dalam pukul 10.15 gitu.. mcm biasa la.. Cik Ieta kita mmg suka bergambar.. so bergambarlah kami di sana di sini..

Lepas tu, siap boleh pula mengimarahkan suasana di Booth Celcom.. hehe siap dapat pen dan note pad free.

Dalam pukul 11 kot, baru kami bersurai.. owh sblm aku terlupa, masa show Disney On Ice break.. tak semena2 aku menerima panggilan telefon dari Cayui (My Ex).. pelik juga sbb tetiba dia called kan... dah lama juga dia x called aku.. ke dia called aku sbb dia dpt missed called dari aku sblm nya.. Sbb masa aku nak datang ke Stadium Putra nie.. aku agak blur dan x reti nak p.. kena pula jalan jammed la pula.. kebetulan ada konsert Hotlink di Stadium Bukil Jalil.. dikenakan pula aku dah agak lewat dari masa yg dijanjikan.

Dan kali terakhir, aku p stadium ni adalah 6 7 tahun lepas, itu pun bersama dia.. so nak xnak aku call.. tp x dapat la pula.. Tapi alhamdulillah, aku dapat parking n smp di tempat yg dijanjikan sebelum Show bermula.. hehe

So, masa terima panggilan dari Cayui.. mmg terkejut juga la.. aku tanya knp call.. dia ckp sahaja je.. sbb teringat.. uih pelik aku.. tapi aku masih tak puas hati dgn jawapan dia.. so, aku tanya lagi.. samada dia called aku sbb dia dpt missed called dari aku atau sbb lain? dia ckp sbb teringat.. haha serious pelik...

Dan tak tau la mana datang gila aku, lepas abis show tu.. aku call dia tanya nak dinner dgn aku x.. kebetulan aku x dinner lagi.. n malas nak mkn sorang2.. Dengan dia, aku mmg kenal sgt.. demi aku, x penah jadi masalah bagi dia.. ibarat pucuk dicita, ulam mendatang..

Kami berjumpa di Petronas, Sg Besi.. kemudian aku tumpang kereta dia.. sbb dia ajak makan kat Kg Baru.. tau2 je la area Kg Baru tu mcm ne.. nak cari parking mmg susah la.. mula2 dia nak ajak mkn nasi lemak depan skool Kg Baru tu.. pastu x jadi.. dia nak p mkn western food la pula.. ish x kisah la.. mkn mana pun... dia yg bayar.. haha

Sepanjang dinner dgn dia.. aku rasa aku masih boleh anggap dia kawan.. tp sedikit sebanyak aku masih x dpt mengawal air muka meluat aku terhadap dia.. haha gila jahat aku ni kan... bukan aku suka2 nak buat air muka poyo tu.. tp stiap kali dia tanya aku bila nak kawin.. lepas tu masih menaruh harapan pd aku... adei.. come on la.. kita dah perpisah 6 tahun.. sudah2 la.. please move on with your life..

Kita terlalu berbeza.. ruang gap kita pun terlalu lebar ibarat selebar broadband k.. hehe

Actually, dah lama juga aku tak jumpa dia.. adalah setahun or 2 tahun lebih.. dia masih sama seperti dulu.. cuma dah berisi skit dari thn pertama lepas putus dgn aku.. kira ok la.. rasanya dia mcm xde berubah pun..

Kena pula masa kami nak pulang, hujan masih lagi renyai2.. nasib baik x lebat..so, aku malas nak berpayung dgn dia, lagi pun payung dia kecik je.. so aku redah je la... tp biasa la.. mana ada laki tak nak tunjukkan dia gentleman kan.. dia tetap cuba memayungi aku.. rela dia basah skit.. haha

Malam tu aku sampai umah dalam kul 1 AM..nasib baik la aku balik umah aku sendiri.. jadi mmg tiada waktu curfew utk aku.. sebelum kami berpisah dan naik kereta masing2.. dia ada tanya aku.."bila lagi nak keluar bersama?" aku hanya pandang dia.. n senyum... mgkn tahun dpn kot.. (haha gila jahat aku)

1 comment:

Unknown said...

ko kuar dgn apek nyek????
heheheheh!!!!