Wednesday 4 March 2009

Melepaskan geram di sini...

Aku hari ni agak berbulu dengan sorang staff client aku nie,.. aku rasa mcm nak baling kasut je kat minah nie… bukan sebarang kasut yg aku nak baling.. tp kasut platform aku yg tinggi 3 inci tu…

Macam mana aku tak berbulu dgn minah tu.. Aku ada meeting hari ni dgn client, kul 2.30 petang kat sebelah bangunan KL Sentral.. kira jauhla dari ofis Bangi aku ni.. Pukul 2.30 pm aku n geng aku sampai sana. Aku call minah ni, nak tanya tingkat berapa ofis client ni.. sbb aku tak tau.. boleh minah tu ckp.. Eh meeting kat ofis mereka dia Nilai.. aku rasa berbulu je hati aku nie.. rasa mcm nak baling dengan kasut aku.. Pada hal, aku ingat semalam aku dah double check dgn dia pukul berapa n di mana.. dia ckp meeting kat pejabat arkitek..

Emmm tak tau la kalu aku yg salah dengar, tapi tu la.. sepanjang aku dah bekerja ni.. tak pernah lagi aku salah tempat meeting, paling teruk pun aku akan sesat je nak ke tempat client.. sbb tu aku suka kluar awal.. sbb aku tau aku suka sesat.. tapi bukan salah tempat meeting..

Aku amat2 mementingkan lokasi client.. Ya la, kita nak jumpa client dan meeting jumpa orang besar.. mana boleh ambil mudah.. jadi aku rasa sangat mustahil kesilapan tu berpunca dari aku.. Tapi aku mmg dah berbulu dgn minah ni,.. bukan hari ni sahaja, dia buat hal dgn aku.. sebelum ni pun dah banyak masalah timbul antara aku dan minah nie.

Bos aku minta aku manage projek ni.. aku kena follow up dari PO, payment, material sampai la ke projek progress.. Semuanya bermula dari PO (Purchasel Order), bayangkan job ni hanya 2 bulan sahaja.. dah client minta kami mulakan job ni dahulu dan jgn risau PO akan diberi juga dalam masa 2 minggu.. Seriously nak tunggu PO ni keluar .. ambil masa lama gila.. aku buka apa, dalam quotation dah mention kena bayar 50% upon confirmation job.

Ekonomi sememang agak kritikal.. plus byk juga job yg burned begitu je.. sbb client tak bayar.. sbb tu syarikat aku selalu minta advance once dah confirm job.. Jadi bos aku ni, suruh aku kejar payment.. aii susah kejar payment ni.. Mula2 aku kena dapatkan PO.. mcm aku ckp la, susah benar nak dptkan PO.. nak quotation mcm tu mcm ni.. baru leh keluar PO.. tu pun ambil masa 2 minggu.. so aku ingat once dah ada PO, boleh aku kejar payment aku pula.. sekali client aku ckp kena sign LOA (Letter Of Award) pula.. ok la, kalu itu prosedur dia.. aku terima je la.. tp nak tunggu LOA dia ni pun lagi 2 minggu.. mmg aku sgt2 berbulu.. ialah.. job dah mula nak masuk sebulan.. tiap2 minggu aku kena follow up minah ni.. aku bukan sahaja kena follow up mengenai payment shj, tapi material pun kena kejar juga.. minah ni mmg lembap buat keje.

Sampai ada satu hari tu, aku mmg dah hilang sabar dgn dia, sbb dia mcm x puas hati dgn aku.. sbb aku kejar dia bagai nak rak.. aku sound direct je kat dia dlm phone.. Kalau apa2 berlaku, bos dia marah kenapa job ni tak siap on time.. aku xmo bertanggungjawab.. pandai pula dia xmo bertanggungjawab, dia salahkan orang HQ dia.. nak je aku debik minah bengong nie.

Akhirnya LOA aku dah siap.. dia xnak bg LOA tu atas alasan bos dia nak tgk progress bersama arkitek dulu.. seriously byk sengal mereka ni… apa tak reti baca dalam syarat quotation ke? “50% upon confirmation job” dah la job ni confirm atas mulut je.. paksa kami buat keje tanpa bagi PO n LOA.. Oleh kerana nak duit, aku sabar je la.. aku buat arrangement utk meeting dgn mereka.

Guess what?? 2 kali meeting kena postpone.. yg aku geramnya, minah ni bukan nak bgtau meeting postpone.. bila aku call tanya, “Owh sy baru nak bgtau u meeting postpone la”.. bengong.. last minute baru nak bgtau.. nasib baik buat kat ofis aku je.. tp dia buat aku geram.. sbb kesian kat free lancer aku.. angkut pc dia sendiri.. 2 kali terkena.. apa minah ni, tak boleh ke bgtau awal2.. xkan hari sebelumnya dia masih xtau yg meeting postpone?

Xpe, aku masih boleh sabar.. last dia kesian agaknya dgn aku.. call aku meh la dtg ofis dia, sign LOA tu.. cpt skit utk pemprosesan pembayaran. Maka, aku dengan gembiranya p la Nilai.. n sign LOA tu.. masa tu bos dia pun ada.. Rupa2nya ada org tu ngadu kat bos dia… kata aku ni ganas n garang orangnya.. poyo betul minah tu (dah kawin n aku bajet umur dia 30 lebih nak menghampiri 40).. aku hanya sengih kambing je.. malas nak layan.. lepas tu, client minta aku p matikan setem LOA tu.. adeiii.. knp mereka mcm suka nak menyusahkan aku.. knp x pos je.. mula2 suruh aku dtg sign.. skrg suruh aku bawa blk dokumen tu n matikan setem pada LOA tu.. aku rasa mcm #%#^##@$^%

Tapi aku hanya senyum je la (pandai betul aku berpura2) blk dari sana.. aku terus ke LHDN.. sekali sampai sana.. aku perasan diorang silap eja nama company aku pula.. dlm hati aku dah xtau nak cakap apa.. nak xnak aku terpaksa call minah ni.. esok terpaksa p lagi ofis dia.. rasa mcm nak sekeh n gigit je minah nie. Masa aku p signed LOA tu, aku x check la .. sbb dia dah buka terus kat helaian yg aku patut signed.. aiii sabar je la aku..

Lepas tu, aku ada call minah tu utk follow up meeting utk hari ni.. dia boleh siap tanya.. sama adakah aku ni anak R.. a’ah.. dah sah2 aku tulis nama penuh aku sekali dgn nama ayah aku cuma tiada binti je.. sah2 nama ayah aku mmg satu je dlm dunia nie.. Acece.. sempat lagi bgtau aku.. ayah aku kenal suami dia.. siap ckp baik lagi dgn suami dia.. so?? It doesn’t mean.. yr husband close with my father that i should treat u different.. asalkan ko buat keje elok2.. n x myusahkan aku.. aku layan ko dgn baik je.. tp kalu ko asyik nak myusahkan aku je.. aku pun ada had kesabaran.

Dan hari ni, kena lagi aku dgn minah tu.. bos aku mmg dah ngamuk n bengang dgn minah tu.. siap ckp dah cukup pakej tu... ”Lembap, Bodoh, Bengong”.. nasib baik bos aku x salahkan aku.. dia tau aku xkan buat kesilapan mcm tu.. sbb selama aku keje dgn dia.. ni pertama kali kena.. jadi dia tau ni bukan salah aku.. haha rupanya sebelum ni bos aku mmg dah berbulu dgn minah nie.. bos aku salah quot utk projek ni.. sbb minah tu ckp hanya perlu model 1 building sahaja n tiada interior.. alih2.. ambil ko ada kena buat interior n 4 bangunan pula tu...

Haha nasib nasib.. tunggu je la… when the time come.. I’ll teach u a lesson.. haha wait n see dear. Ko nak report kat bos ko ke.. suami ko ke.. aku peduli apa..

2 comments:

az said...

ayoooo aku dah tulis komen tapi ilangggg!!huhuhu..
anyways,
ahh aku juge terasa geram bile membaca citer ko ni aurora. ades des, sungguh menguji kesabaran la orang ini macam.

Unknown said...

ko sekeh jer minah yg pepoyo tuuu..
huhuhu..
ada gak minah mcm ni yeee..
dah buat salah.. leh lak mention laki dia baik dgn babah..
apa laa punyer org..
ckp x serupa bikin...

elok je ko hempuk dgn ksut tumit tinggi tuuu..
udah la dr kl sentral. nak patah balik ke nilai jauh giler... apa daaaaaaaaaaaaaa