Wednesday 28 January 2009

Masalah datang lagi...

Belum abis bahang semalam, hari ni muncul lagi bahana baru buat aku.. haha adeii.. menarik betul masalah aku pada Januari ni.. mmg tahun lembu betul..


Boleh tak aku nak gelak besar sblm aku apa yg dah berlaku pada aku hari nie.. adeiii sungguh buat aku rasa teruja... sgt teruja.. smp aku boleh siap gelak besar.. even smp skrg aku masih x percaya apa yg telah berlaku.. hahaha

Tapi tahun ni banyak betul benda menarik yg berlaku pada aku.. sgt sgt sgt menarik.. benda yg x pernah aku alami or lalui sblm ni.. sedang aku laluinya skrg tanpa dipinta oleh ku...

Pada awal tahun ni, aku ada membuat seorang tunang org cemburu dgn aku.. Puncanya?? krn aku p sms kawan aku (yg aku sangka single) agak lewat mlm.. just say "Sorry lupa nak ckp TQ td sbb bg harga staff price 4 the beg" pada pukul 11 mlm.. Sbb masa tu aku baru smp umah n angkut beg tu ke dlm umah aku n mbuat aku teringat.. Mamat ni aku kenal dia kat TRAVIAN (sebuah game peperangan), dia merupakan Ketua utk ally aku.. Dia baik, kelakar n helpful.. Kebetulan mamat ni keja kat kedai jual brg IT, n kalu datang kedai dia.. dia leh bg harga staff price..

Aku xde apa pun dgn dia.. kami just sms je, tu pun mostly ckp pasal travian.. n aku pernah jumpa dia bbrp kali (bukan berdua je tau.. pasti ada budak travian juga or adik2 aku menemani aku).. dia bukan type yg aku suka sgt la.. sbb muka dia garang n aku kurang selesa dgn dia (sbb dia agak dingin juga orgnya).. Akhirnya, sms aku pd mlm tu telah kantoi.. dia pesan dgn aku agar jgn sms dia mlm2 lagi sbb tunang dia ada.. Aku ok je.. bg aku xde hal la.. Rupa2nya masalah ni x berakhir di situ sahaja.. esoknya dia call aku dgn nada yg sgt sedih.. ckp tunang dia nak jumpa aku.. nak settle down betul ke aku xde apa2 dgn tunang dia.. Aku mmg tiada masalah.. bg aku tiada rahsia or benda yg aku nak takutkan.. so ok la.. kalu nak jumpa weekend la aku ckp.. Sekali mlm tu, x henti2 kawan aku ni call aku (masa tu dia sedang gaduh dgn tunang dia) yg buat aku agak berbulu ialah.. tunang dia sibuk nak pic aku..

"E'ele apa kebenda nak pic aku??" dah la nak jumpa aku.. n skrg nak pic aku? so ppuan tu leh tgk pic aku n cari point nak gaduh dgn kawan aku ni? NO WAY aku nak bagi.. nak jumpa.. jumpa je la.. apa khohelnya nak pic aku.. bengong.. oleh sbb aku dah meluat n malas nak layan permainan gaduh kanak2 ribena ni.. aku just ignore panggilan dr kawan aku.. hingga ke hari ni kami dah x contact.. even kawan aku pun dah x main kat TRAVIAN dan kami x jd jumpa pun dgn tunang dia.. xpe la.. aku doakan dia bahagia la dgn tunang dia tu..

Dan hari ni... x ku duga.. ada cerita yg lebih menarik dari citer kemelut kawan aku bersama tunang dia.. hahaha dari seorang tunang yg cemburu kini aku terjebak pula dlm masalah yg lebih besar pula. Tapi sebelum tu aku nak kenalkan dulu Mr B (uih byknya jantan dlm hidup aku rupanya.. hahaha) Kerana dia la aku bersemangat nak menulis dlm blog ni waktu office hour (haha mcm x biasa)

Aku dah lama kenal dgn Mr B ni.. almost setahun juga la.. Dia ni kira bujang terlajak ler.. sbb umur dah nak mencecah 40 thn nie.. Dia mmg berminat betul dgn aku.. setakat ni aku dah terima 2 hadiah handbag berjenama dari dia.. dan aku penah jumpa dia sekali je.. (aku kenal dia kat skype..) aku suka kawan je la dgn dia but no more than that... sedangkan dia pula sebaliknya.. dia suka sgt aku smp aku naik rimas dibuatnya.. hari2 sms.. sibuk tanya aku kat mana, buat apa n mkn apa.. ish aku sememangnya rimas.. tu belum lagi sibuk nak call..

Aku dah berapa kali bgtau dia elok2 yg aku nak kawan je and not more than that.. tp bila x faham bahasa juga.. mmg smp tahap marah2 sudah.. pun still x faham bahasa n muka tembok lagi. Even aku dah ckp yg aku dah ada bf baru (tipu je). Dia masih juga nak menumpang kasih di hati aku.. erkkk tlg laaaaaa... geli geleman aku mdgr nya..

Sampai la aku berada di satu tahap.. aku dah mula hilang sabar dgn dia.. Oleh kerana aku nak dia henti ganggu aku.. aku telah menipu dia dgn mengatakan sesuatu benda yg dia x suka.. (dia pernah citer dgn aku yg ex gf dia sblm nie PERNAH MAIN dgn bf dia dgn rela hati.. sbb tu dia putus dgn ex gf dia..) so aku mggunakan taktik tu.. hehe di mana aku menipu dia mengatakan aku sedang berada di rumah bf aku even bermalam di sana, masa dia call aku pada satu malam la. (pada hal aku sedang best2 lepak santai kat umah sdiri).. mmg la dia pelik, xkan la bf aku x marah aku ckp dgn dia.. Well aku tipu lagi dgn kata bf aku terpaksa kluar sbb ada oncall job.. hehe at last he buy it..

Mmg la aku rasa bersalah sbb tipu dia.. tp tu shj la cara yg tinggal utk dia stop ganggu aku.. dan yg kelakarnya satu hari tu, aku p mkn lamb chop.. n agaknya sbb terasa sgt kekambingannya dan berminyak.. aku rasa mual satu hari suntuk.. dan yg kelakar nya dia boleh ingat aku ngandung?? (bengong sungguh mamat ni... dia percaya sungguh dan smp hati ingat aku buat benda pelik tu) siap paksa aku p klinik utk check.. yg paling aku rasa meluat tahap cipan.. dia sanggup bertanggungjawap jika bf aku xnak.. eh eh eeehhhh lebih2 pula mamat nie.. aku sekeh baru tau... geram sungguh!!

Tapi sejak2 tu dia kurang ganggu aku dgn sms n call aku... hahaha mgkn penipuan aku berjaya!!! hip hip horeeee hip hip horeeee

Ok the best part adalah hari ni... di mana aku rasa sgt2 TERUJA!!! (haha punya pjg intro aku) Aku hari ni ada di ofis KL.. biasa la tgh bz2 buat keje ada panggilan masuk kat hp DIGI aku.(aku jarang bg no ni kat org kcuali utk mereka2 yg aku xnak dorang siapa aku). bila aku tgk kat skrin phone aku, nombor x kenali timbul.. tp sbb mood aku baik sgt.. aku jawap je la.. kedengaran la suara ppuan bg salam.. aku sambut la salam nya dgn lemah lembut (haha lemah lembut la sgt), dia tanya aku siapa.. eh pelik aku.. aku tanya blk ni siapa n nak ckp dgn siapa (bukan apa no ni adik aku yg punya dulu) dia tanya aku ni student UiTM ke.. aku senang je ckp wrong number... hehe sbb malas nak layan sudah.. Pastu dia ckp lagi..

"Sy cuma nak tahu... sbb no ni selalu naik dlm bil".. emm pelik gak.. no ni naik dlm bil.. siapakah gerangan wanita nie.. dia perkenalkan diri sbg isteri Mr B.. dlm hati aku masa tu.. adei knp la malang sgt nasib aku tahun nie.. Dengan lancarnya mulut aku kata x kenal Mr B.. sbb aku xmo terlibat lagi dalam masalah perhubungan.. tp wanita ni masih tenang dan memperkenalkan diri dia sbg Kak M.. dan dia tetap menyatakan no aku selalu kluar dlm bil dan dia ckp bukan apa ni dah byk kali suami dia mengatal dgn ppuan lain.. n dia xnak aku tertipu dgn suami dia mcm ppuan lain.. haha aku tergelak je masa tu.. aku tanya dia.. siapa yg tipu sape..hehe

Oleh kerana aku simpati dgn Kak M ni, aku ngaku aku kenal la suami dia.. x smp hati aku nak lukakan hati dia dgn mbuat dia tertanya2 siapakah gerangan tuan punya no ni.. Kak M ni sungguh tenang orgnya... dia lgsg x marah dgn aku.. tiada nada tinggi lgsg dia gunakan kpd aku.. sungguh aku terpesona dgn cara dia merungkai kenakanalan suami dia (kalu aku mesti dah ngamuk sakan..)

Dia cerita la yg Mr B ni dah ada anak 2 org.. paling tuan form 3.. mereka dah berpuluh tahun kawin.. (aii mmg dasar laki xtau malu!!!) dan dia x faham knp suami dia berkelakuan begini..(suara dia agak sayu.. tahan geram agaknya) boleh pula Kak M ni ckp mgkn suami dah dah buang terbiat agaknya (aku hanya mampu tergelak je masa tu) Apa yg mampu aku katakan "Akak, jgn risau.. ant dia n sy tiada apa2 hubungan kami sekadar kawan shj"

Tapi Kak M tetap nak tahu siapa nama aku.. dan tanya siapa aku.. aku hanya mampu katakan.. xpe la, biar kita jumpa n berkenalan utk memastikan adakah kita bercerita mengenai org yg sama (apsal la aku ni gatal mulut mengofferkan diri utk berjumpa).. Aku siap offer lagi kat Kak M.. "Akak, nak sy ajar suami akak ke?" Kak M sgt excited bila aku ckp mcm tu.. hahahaha sungguh obvious terdengar suara dia yg teruja.. "Adik, kalu nak jumpa suami akak tu.. tlg la bawa akak sekali.. akak nak sgt tgk dia dari jauh mcm ne kelakuan dia bila bukan di rumah.. ialah di rumah tu kalu pijak semut pun x mati" Aku hanya mampu tergelak besar je bila dgr.. Dan yg pastinya, kak M sgt berterima kasih dgn aku kerana sanggup mbantu dia dan berkerjasama dgn dia utk mengantoikan suami dia. (erkk.. aku ni mcm cari masalah lagi je.. or aku sedang membantu seorang wanita yg ditipu suaminya)

So, aku dah buat temujanji dgn Kak M utk jumpa dgn dia weekend nie.. hahaha sungguh x sabar aku nak buat benda nakal n ajar mamat sekor nie.. muahahaha (gelak jahat) dlm kepala otak aku sekarang berderet plan jahat sedang di susun atur utk mengajar seorang suami yg x malu mengaku bujang terlajak...

Dan kini aku bz bersms dgn dia.. hehe langkah pertama plan aku sudah bermula.. dan mari kita tgk apa kesudahan citer ni... dan lihat siapa yg terkena.. (tapi bila pk2 blk.. betul ke tindakan aku nie.. apsal aku nak sibuk2 pula dlm urusan umah tangga org adeii.. tp aku geram gakk.. sbb aku tertipu.. walaupun x kisah pun.. cuma aku xmo ada mangsa lain jd mangsa penipuan dia je)

Kepada Kak M.. minta maaf la.. sememangnya aku xtau dia tu hak org.. dan aku akan ajar dia cukup2 utk menghargai pengorbanan seorang isteri dan berani dia TIPU aku?? alhamdulillah juga hati aku x terbuka utk menerima dia dlm hidup aku.. Aku rasa sgt bersyukur krn allah telah menjauhkan aku dari perkara yg x elok2.. dan mgkn juga sbb tu hati aku menolak dia seboleh2 bagai nak rak..

Hahaha.. sungguh aku x sabar nak realisasikan my evil plan (sebenarnya dah lama juga aku x buat plan jahat) Muahahaha sungguh rasa TERUJA.. but 1st aku terpaksa berdepan dgn Kak M.. emmm tu aku agak takut juga la.. sbb takut juga kena serang ke kena bomoh ke.. hahaha hati org kita xtau.. yelah rambut sama hitam, hati lain2.. but i think she is a nice women.. cuma dia terkilan dgn sikap suami dia.. eemm nak p tanya pendapat org lain lagi la.. ni 1st time aku terjebak dgn masalah mcm nie..

4 comments:

itot said...

aaaaaa???? agak terkesima aku membaca cerita ko ngan Mr B ni. *cuba merapatkan mulut yg ternganga luas*

sKywAlkeR said...

Err..kalo leh..jgn tlibat ngn masalah cmni..bahaya..
Mgkn En B ni salah sbb tpu U..

Emm...Its up to u to decide..:)

Unknown said...

kekdg macam mana kita tgk cite drama2 melayu tuuu semuanyer betul n reality..

cuma kdg2 masyarakat kita ni jer yg fikir tull ker ada babak ni dlm kehidupan kita masing2..

macam life MR. B tu... mmg salah dia.. Tapi dunia skrg. Mmg ramai laki susah nak mengaku suami..
Sbb ada yg fikir kat rumah mmg hak bini.. "title suami"
But kat luar bukan lagi di panggil suami..

Fikir lah bila MR.B tu dah ada anak dara/teruna.. hahhahah..
x lama jer nak dpt cucu pun...

apa2 pun.. keputusan d tgn sis..
kalau rasa nak ajar MR B..silakan..
tapi biar berhemah..
barulah kaum pompuan yg masih single-mingle ni x d pandang serong oleh persatuan bini2 semalaysia...

@mn4ever98@ said...

hehe....x sabornye nk dgr citer selanjutnye pasal MR. B ni...cepat sambungkan episodnye :D...hehe