Thursday 26 March 2009

Si Ikan Emas

Dah lama pula aku tak update life aku pasal skandal2 aku.. hoho skandal la sangat.. okla kisah laki-laki yang tersesat dalam hidup aku..

Aku ada kenal seorang laki ni dalam skype,dia nak add aku. Mungkin sebab mood aku baik hari tu, maka aku add je la dia tanpa banyak fikir. Dia tanya aku kat mana? aku jawab "BUMI".. haha dia gelak je.. Dia tanya aku asal mana? Aku jawap "BUMI" lagi. Hampir kebanyakkan soalan dia tanya aku, aku jawap "Bumi".. boleh tahan juga tahap kesabaran dia terhadap aku.. Hehe aku kadang2 mmg suka nak ngusik orang dan loyar buruk. (owh aku start chat dgn dia hari Isnin lepas.. hehe baru 4 hari kawan ma)

Petang tu, kami sibuk berchatting.. tanggapan pertama aku terhadap dia adalah.. dia ni seorang yang baik, penyabar dan macam ala-ala tabligh atau alim. Hehe kenapa aku cakap mcm tu? Sebab dia tau je nak refer pada surah mana dalam al-quran untuk menyokong kata2 dia.. aku hanya mampu tersenyum je bila baca apa yg dia tulis. Dan aku bajet aku dan dia takkan lama kawan. Sebab pemikiran kami terlalu berbeza.

Aku jenis yang huha nya orang, sedangkan dia pula orang yang mencari keredhaan Allah.. Huh bukan la aku tak mencari keredhaanNya, tapi aku memang ngaku aku lebihkan duniawi dari akhirat, sedangkan dia sebaliknya. Tapi hingga ke hari ni, sangkaan aku meleset sama sekali. Kami masih berkawan dan aku tak tahu sampai bila kami mampu mengekalkan persahabatan ini.

Setakat ni kami dah bertukar no telefon dan sejak dia mempunyai no hp aku, setiap malam dia telefon aku.. dan cakap berjam-jam.. Pelik kan?? orang mcm dia boleh bergayut lama2 dgn aku.. apa yang kami bualkan?? Macam2 topik.. dari hal dunia hingga la ke urusan akhirat. Tapi yang peliknya, tanggapan pertama aku tak match langsung dengan cara dia bercakap.. cara dia cakap mcm agak rock dan selamba.. hehe bukan apa, kalau orang yang alim2 ni cara percakapan mereka begitu sopan, halus berbicara mereka.. kira tenang je tinger bila dengar kan.. Tapi dia memang agak berbeza.

Owh aku panggil dia Ikan Emas.. hehe sebab dia selalu lupa apa yang dia nak cakap bila aku selalu potong dia cakap.. hehe buat pengetahuan korang Ikan Emas memang pelupa.. ni fakta tau.. hehe

Dia sebaya dengan aku, orang Shah Alam dan membesar di Shah Alam.. malah dia sekolah di SM seksyen 19.. woooo nasib baik aku tak skool kat situ.. hehe dia prefect masa kat skool tu. Tinggi 173cm berat 80kg, anak bongsu dan anak laki tunggal. Dia tinggal kat batu 3, ayah dia bekas bomba, dia ada 2 kakak tiri, kerjaya: freelance.. supaya dia dapat lebih kepada ibadat kepada Allah.. hehe gila byk maklumat pasal dia aku tau kan.. haha biasa la aku menjalankan sesi soal siasat..

Sedangkan dia tak tau pun sangat pasal aku.. even nama aku pun dia tak tau.. haha teruk kan aku.. saje suka mendera dia.. aku suruh dia cari sendiri.. gila nakal aku.. aku banyak berahsia dengan dia.. tapi dia masih bersabar dengan aku.

Tapi bagi aku, Ikan Mas ni memang lain dari kawan2 skype yang aku kenal.. aku tak tau kenapa.. aku rasa seronok berbincang dan bergaduh pendapat dengan dia.. Dan yang kelakarnya, adalah alasan yang dia berikan kenapa dia suka berkawan dengan aku.. dia cakap sebab dia nak latih diri dia.. pelik sungguh jawapan dia.. haha melatih diri untuk lebih bersabar ke? atau melatih diri untuk menepis segala bentuk perlian dari aku atau berlatih untuk menyangkal segala hujah2 dari aku.. hehehe

Tapi semalam, masa dia bertazkirah kat tinger aku nie.. tak tau kenapa terlintas satu pertanyaan di kepala aku. Aku terfikir kenapa Allah kenalkan aku kepada dia. Bagi aku, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sama juga dalam hal jumpa dan mengenali seseorang.

Emm entah la, tapi sejak dia rajin borak dengan aku, dia asyik buat aku teringat kepada DIA. Aku rindukan DIA.. rindu nak berborak dan bergaduh dgn dia.. hehe

Anyway, aku suka kawan baru aku nie.. Dia boleh dibuat kawan.

p/s- Hehe tanggapan aku tak salah mengenai dia.. kenapa dia yang baik2 tu bercakap agak selamba dan rock.. sbb dulu dia tu agak nakal skit.. kira penah jadi street performance dan bergaul dengan macam2 jenis orang. Kemudian, dia ada terima hidayah dari Allah swt membuatkan dia berubah menjadi orang yang lebih baik.

3 comments:

az said...

hohohoho..
love is in the air kah?
ah tapi terlalu awal to tell.
go slow ya,
kenal betul2. even sebagai kawan pun kita kene ati2 juga, almaklum, sebelum ni dia adalah a stranger. ;)

sKywAlkeR said...

Ske2 ati je pggil org len ikan emas..Padahal die sndr ikan emas..Cett....

Aurora said...

to az.. huih love on the air.. obvious sgt ke? ish xde la.. too early to say it.. tapi aku suka kawan dgn dia.. ada tempat utk berbicara n gaduh2 kan pendapat.. mgkn hikmah bertemu dia.. Allah nak aku kembali ke pangkal jalan.

to Sky, hohoho ala apa salahnya panggil dia ikan emas.. kiut pe.. haha