Tuesday 24 February 2009

Keluar dari kepompong

Pagi ni aku bangun tido dengan rasa nyaman, aman dan ringan.. dan dgn cuaca yg mendung dan sejuk telah menjadi pemangkin buat aku rasa liatnya nak turun katil.. Tak tau knp, rasa lapang je dada.. spt tiada sebarang masalah. Mgkn sbb aku tido nyenyak dlm kepompong aku kot.. hehe dan mula2 aku tersedar dari tido, satu perkataan timbul dlm otak aku.. iaitu "I worried too much.. I think too much"

Pagi ni aku perlu ke Kuala Lumpur untuk uruskan urusan Lesen FINAS. Dalam sibuk menguruskan urusan FINAS tu, boleh pula aku beli dress yg kawaiii kat Maju Junction.. kira dress ni trend fesyen terkini ler.. comel, warna hitam n bunga2 dia warna pink.. ingat nak tayang kat sini.. xle pula hahaha.. uish masa try baju tu.. punya la seksa.. mana taknya kedai tu xde tempat persalinan.. so aku try on top baju aku pakai hari ni je la.. hahaha serious seksa nak masuk, seksa nak kluar.. ada satu lagi dress (butterfly orange) aku try tu mudah skit, even design pun lain.. tp aku lebih berkenan yg pinky nie.. so aku pejam mata je membayarnya... haha x sedar diri betul, duit xde.. tp gatal p beli gak..

Tapi tadi lepas smp umah n mewangikan diri aku try la dress tu.. adei.. x comel pula aku memakainya, plus menampakkan aku gemuk.. dress tu labuh.. tp sbb aku ni kan tinggi n rangka besar.. so bila aku pakai singkat sikit.. n aku x suka.. aku pakai seluar pun x cantik gak.. adei sungguh kecewa.. Malah, aku xtau nak gayakan mcm ne dress tu dan xtau nak pakai masa bila.. hahaha so aku masih berfikir samada nak tukar ambil butterfly orange tu or buat baju tido aku je la..

Sambung blk citer, di siang hari.. hehe x cukup aku menyopping (perosak bahasa melayu) dress.. di Kinokuniya, KLCC aku beli pula buku yg bertajuk "How to Make Someone Fall in Love with You in 90 Minutes or less"... aku rasa buku ni mcm menarik utk aku membeli dan membacanya.. Selepas apa yg dah berlaku.. aku rasa buku ni mgkn boleh menambah keyakinan aku.. acecece tambah la sgt.. hahaha sebenarnya aku mcm x percaya je dgn tajuk buku tu.. betul ke kita boleh buat org jatuh cinta dgn kita dlm masa 90 minit??

So lepas baca buku ni aku nak cuba aplikasikannya.. dan tgk berkesan ke x.. Tapi lepas membayarnya, aku baru sedar.. dgn siapa aku nak cuba praktikkan? Hahaha adoi.. awatla bengong benar aku nie.. Tapi bila aku ada curi2 baca skit, guess what? I fall in love already with the book.. aku suka cara dia terangkan dan bg contoh.. xpe.. nanti dah abis baca buku ni aku akan suggest or promote buku ni bagus ke x.


By the time aku smp ofis KL aku.. dah pukul 3.30pm.. hehe ngular sakan aku dgn PA ayah aku.. tapi aku rasa seronok sgt hari ni.. walaupun dah melayang duit aku RM100.. but aku rasa wah!!! bestnya shopping.. dan aku rasa spt tiada masalah dzn gumbira.. spt rama2 yg baru keluar dari kepompongnya dan terbang bermain2 ditepi taman bunga yg comel.

Kemudian kawan baru aku, yg buat aku sedih n nangis x ingat dunia smlm.. tanya samada aku dah ok ke belum di YM.. seriously, aku rasa berterima kasih kpd dia.. mmg dia buat aku sedih, tapi di masa yg sama dia mcm buat aku rasa lapang dada.. dan buat aku pk n kaji semula diri aku. Hehe tu yg sedar2 dr tido aku, aku dah sedar apa masalah aku.. I'm worried too much even though it is not happen yet.. tu yg buat aku agak pasif n negatif (hehe mgkn ramai yg xtau ni masalah besar aku.. walaupun aku selalu cuba utk bersikap positif, tp aku sentiasa dibayangi sikap negatif).

Dan kawan aku ni siap bg tips kepada aku how to look sexy.. dia ckp kena tukar cara pemakaian n penerampilan aku terlebih dahulu.. hehe aku dgr je la mgkn bagus juga utk aku. Jadi aku nak kongsi bersama korang yg membaca post..Ni adalah pendapat n pandangan dr seorang lelaki k..

  • must use cotton or nylon, cotton has to be velvet soft
  • underclothes must be light brown color, avoid dark or bright color
  • avoid jeans and wear long skirt
  • no high heels but buy comfortable sandal
  • fruit scent perfume
  • make up... light n natural, lip gloss no lipstick

Dan dia cadangkan kpd aku, get a light brown dress if u r skinny or voluptuous but not fat a dress with a small brooch with comfortable sandal. hehehe dan dia siap cakap.. kalu bajet kecil "b smart , masuk kedai berjenama tengok fasyen dia, cari imitation" hehehe what a gud idea huh.. mamat ni loaded.. so aku rasa suka ppuan yg sentiasa nampak cantik dan bergaya. Sbb tu tips dia.. agak sesuai utk high class or high maintenance nya ppuan.. hehehe tapi aku cuba nak buat la..

Tengah aku best2 chatting dgn kawan baru aku ni.. tetiba mamat yg buang aku dr FB tegur aku kat YM (aku ada citer mamat ni di post sebelumnya..) adeii aku xtau nak bg nama apa kat dia.. okla, aku gelar dia Mr A. Dia tegur aku mcm tiada apa2 yg berlaku.. oleh krn mood aku baik, aku balas la YM dia.. tp di masa yg sama, aku teringin sgt nak tau apa yg dah berlaku sebenarnya ant aku n dia.. ye la.. knp tetiba x balas sms aku n buang aku dr FB dia..

Dengan muka xtau malu, aku memberanikan diri utk bertanyakan juga.. Dia minta maaf sbb dia sibuk hari jumaat tu dan kesibukkan terbawa2 smp la smlm.. tu sbb knp dia tak balas sms aku.. ok la.. walaupun aku susah nak percaya.. hehe tp tu bukan penyebab utama kenapa aku sedih sakan.. so aku tanya pasal hal FB tu.. dia boleh ckp terima kasih krn tanyakan hal tu.. n siap tegur aku dan bgtau aku

"Awak x penah add sy dan boleh x awak add sy skrg?"

Erkkk.. aku x penah add dia ke? adeii sbb tu la nama dia tiada dlm senarai friends aku n aku tiada dlm senarai nama kawan dia.. Huh, hampeh betul aku nie.. amat2 memalukan aku.. aku punya la sedih bagai nak rak pasal hal tu.. hakikatnya, aku mmg x penah add dia FB aku pun.. hahaha malu siuttt.. nasib baik dia x berada depan aku.. aku xtau la mcm ne muka aku masa tu.. tp yg pastinya aku gelak sakan dan minta maaf dgn dia.. sbb aku telah buruk sangka dgn dia.

Adei.. buat penat je aku susah hati, sedih dan duk pk apa lah silap n salah aku.. adei.. penat juga aku berehat dlm kepompong aku.. tp aku x myesal.. sbb aku rasa aku dah kembali bersemangat dan bertenaga utk menempuh hari2 mendatang (esok ada client nak mai ofis.. duhhhh bosan gila)

Yang pastinya, hari ni aku agak gembira.. dan aku harap kegembiraan ni bertahan la lama skit.. dan aku nak mulakan hidup baru.. aku nak lebih ceria... n lebih comel.. hehe

4 comments:

sKywAlkeR said...

Huhu..awak yang sengal.Xasal2 termalu sendiri..apa daa...
Hekk!!!

:P

az said...

heheheh sabar ajelah aku..kan dah membazir waktu aje dengan bersedih over nothing :P
nak pinjam buku baru tu buleh? ;)

Aurora said...

hahaha... x pasal2 kena sengal.. adei.. ingatkan dah add dlm FB.. sbb best je kawan2.. sekali x add pun dlm FB.

Yea.. sy sudah belajar dr kesilapan sy.. lain kali jgn mudah membuat postulate sendiri.. tanya empunya diri dahulu.. hahaha

sKywAlkeR said...

Nk ckp g skali gak..Awk yang sengal..
Wekkk!!! :P