Wednesday 18 February 2009

Sedih + keliru = tak bersemangat

Minggu ni aku agak down, sedih dan kurang bersemangat.. tak tau la di mana silapnya.. di awal minggu ni aku mulakan dgn sesuatu yg kurang baik.. dan ianya berlanjutan hingga ke hari nie..

Hari Isnin je aku dah bergaduh dgn babahku.. aku kategorikan dlm pergaduhan yg teruk juga la.. smp aku kena maki dgn ayah aku.. dan aku telah meninggikan suara aku menunjukkan sbg betapa aku tidak berpuas hati.. Oleh kerana aku ni mmg agak emo, air mata ngalir jgn kata la... mmg xde segan2 dah ngalir.. aku nangis sbb aku sgt2 marah n geram dgn ayah aku.. haha air mukus hidungku yg jernih tu pun turun tanpa dijemput. Hehe the best part kami gaduh di ofis hanya kerana kami berbeza pendapat.. aaiii hari pertama bermula dgn agak dramatik dan kesannya aku agak kurang bersemangat menempuhi minggu ni. (anyway aku dah berbaik dgn ayah aku.. kami kalu gaduh mmg xlama)

Kemudian diikuti semalam pula, aku terima panggilan dari bini Mr B. Gosh... aku ingatkan semuanya telah selesai. Kak M hanya nak tau samada suami dia ada call aku lagi tak? secara ikhlas aku jawap tiada.. (cuma aku masih chatting dgn dia.. tu pun jarang sgt n hanya penuh dgn perlian dr aku shj) Kak M mcm masih ada tidak berpuas hati dgn aku.. krn dia masih tidak tahu siapa nama aku n aku kerja sbg apa.. aku tahu aku telah menimbulkan satu persoalan yg besar kpdnya.. Tapi aku tak tau knp, aku macam kurang percayakan dia.. terasa spt ada udang sebalik batu.

Lepas tu hp NOKIA kesygn ku pula buat hal semalam.. tetiba pula jammed.. semua butang x berfungsi.. aku dah off hp pun x jln... aku cabut bateri, pasang dan on kan blk pun x jln juga.. mmg sgt stress smlm.. dan yg menambahkan stress aku.. masa tu jugala, ada org call aku.. di paparan skrin hp terpapar "Private Number" arghhhhhh aku sungguh tertekan.. puas aku tekan butang utk mjawap phone tapi tak boleh juga.. masuk kali kedua dia call.. still tak boleh jawap juga.. aku sgt2 nak meraung n stress sekor2..

Lantas aku menukar sim kad tu masuk ke hp lain.. aiii knp la aku x buat mcm tu awal2.. well i guess nobody well call me at this time of hour.. but i'm wrong.. lepas dah tukar sim card.. xde pula org tu call.. betapa aku kecewa n patah hati... krn aku tau yg call tu pasti DIA..

Walaupun aku tidak lagi mempunyai perasaan terhadap dia.. tp xtau knp aku masih menanti dia. Aku ym kawan baik dia, Mr R tanya yg call tu Mr R or DIA. tp dia x reply mesej aku.. So smlm aku tido dlm perasaan yg agak down skit.. dan aku tau pasti esoknya aku tidak bersemangat..

Pagi tadi, baru Mr R reply mesej aku.. katanya yg call aku smlm adalah adik ipar si DIA. erkkk.. knp tetiba adik ipar DIA call aku? menurut penjelasan Mr R, adik ipar DIA yg minta no phone aku? eemm tp utk apa? setau aku la.. adik ipar DIA xtau pun akan kewujudan aku dlm hidup DIA.. eemm ye ke? eemmm aku x rasa DIA ada cerita pasal aku pd adik ipar DIA. serious aku x faham.

Aku ckp dgn Mr R.. kalu penting sgt tujuan dia call aku smlm.. pasti dia akan call lagi.. aku tanya Mr R... knp dia nak no aku dan call aku? Mr R tak nak bgtau aku.. katanya dia sendiri baru je tahu.. tahu apa? serious aku x faham.. dan yg aku x faham knp mesti adik ipar dia yg call aku?

Aku agak buntu.. sehingga sekarang tiada panggilan lagi dr private number.. benarkah apa yg dikatakan oleh Mr R?

Dan adakah ini yg aku nantikan selama ini? THE END of the game between me and HIM.. is this what i wants? am i happy with it? now i feel lost..

No comments: