Thursday 26 February 2009

Kisah pada hari ni ...

Mengenangkan hari ni perut aku tak berapa.. maka sibuk la tengahari tadi aku mencari bubur nasi.. adeii mana la nak cari bubur nasi tenghari buta nie.. kecuali di McD.. tp tak mo la bubur ayam McD.

Maka sibuk lah aku mencari kedai makan yg jual bubur nasi nie.. Aku p usha kedai yg babah aku ckp ada jual bubur nasi nie.. tapi aku x pasti samada siang2 ni kedai tu ada jual ke x.. aku pakai taram je.. Dah la hujan lebat masa smp kedai mkn tu.. adeii..

"Akak, bubur nasi ada jual?" tanya aku.

"Belum lagi la adik.. pukul 3 baru ada.."Ujar akak kedai tu..

Alaaaa... tapi aku nak bubur nasi.. perut aku ngada2 sakit.. wawawawa sedihnya.. Oleh sebab hujan, maka malas la aku nak cari kedai lain pula.. aku usha2 lauk dia mcm ok.. ada sup ayam.. apa lagi... aku makan nasi bersama sup ayam ler.. aku letak sup punya byk.. nak pastikan nasi aku berenang2 dlm sup.. lepas tu letak kicap.. walllaaaaa.. sedappppp...

Masa aku tgh nak abis mkn.. aku nampak la pula ada benda berjalan2 tepi pinggan aku.. ish apa pula ni.. ceh..anak lipas rupanya.. aiii pantang aku mkn nampak binatang mcm ni.. aku tolak je la ke tepi binatang tu.. sbb x kena lagi pd makanan aku..

Tapi memang pantang aku tgh best2 mkn ada binatang mcm tu main2 kat atas meja yg aku tgh menjamu selera.. mmg aku fikir satu je... kotor la kedai nie.. nampak lantai bersih semua.. tp kalu binatang ni leh main2 kat atas meja aku.. ni sudah melampau.

Aku sambung je la makan, kasi abis lauk aku.. tapi baby lipas sekor ni lebey laaaa pulaaaaaaa... kali kedua dia mai lagi.. main2 dlm pinggan aku lagi.. rasa mcm nak sekeh je lipas gatal ni.. dlm byk2 meja.. meja aku juga dia nak main2... sebesar2 ruang.. dlm pinggan aku juga dia nak main nyuruk2.. aku belasah baru tau... ci aku..

Membantut kan selera aku je.. nasib baik dah nak abis.. so, aku makan nasi n ayam yg selamat dr gangguan si baby lipas yg nakal tu.. (x abis la tuuuu)

Eee mmg berbulu aku dgn baby lipas tu.. nak je aku jeritttt... lipasssssssssssssssssssssssssss

hehehe sbb dia baby lagi.. aku maafkan la.. tp kompem xmo aku p kedai tu dah.. walaupun lauknya agak masuk dgn tekak aku... tp kerana ko, baby lipas.. aku banned kedai tu... hahaha

Itu la kisah aku pada 26 February 2009.. kisah aku yg berbulu dgn baby lipas yg nakal. Dan kebetulan juga hari ni adalah birtday ex aku yg pertama dan Mr A.

Tuesday 24 February 2009

Keluar dari kepompong

Pagi ni aku bangun tido dengan rasa nyaman, aman dan ringan.. dan dgn cuaca yg mendung dan sejuk telah menjadi pemangkin buat aku rasa liatnya nak turun katil.. Tak tau knp, rasa lapang je dada.. spt tiada sebarang masalah. Mgkn sbb aku tido nyenyak dlm kepompong aku kot.. hehe dan mula2 aku tersedar dari tido, satu perkataan timbul dlm otak aku.. iaitu "I worried too much.. I think too much"

Pagi ni aku perlu ke Kuala Lumpur untuk uruskan urusan Lesen FINAS. Dalam sibuk menguruskan urusan FINAS tu, boleh pula aku beli dress yg kawaiii kat Maju Junction.. kira dress ni trend fesyen terkini ler.. comel, warna hitam n bunga2 dia warna pink.. ingat nak tayang kat sini.. xle pula hahaha.. uish masa try baju tu.. punya la seksa.. mana taknya kedai tu xde tempat persalinan.. so aku try on top baju aku pakai hari ni je la.. hahaha serious seksa nak masuk, seksa nak kluar.. ada satu lagi dress (butterfly orange) aku try tu mudah skit, even design pun lain.. tp aku lebih berkenan yg pinky nie.. so aku pejam mata je membayarnya... haha x sedar diri betul, duit xde.. tp gatal p beli gak..

Tapi tadi lepas smp umah n mewangikan diri aku try la dress tu.. adei.. x comel pula aku memakainya, plus menampakkan aku gemuk.. dress tu labuh.. tp sbb aku ni kan tinggi n rangka besar.. so bila aku pakai singkat sikit.. n aku x suka.. aku pakai seluar pun x cantik gak.. adei sungguh kecewa.. Malah, aku xtau nak gayakan mcm ne dress tu dan xtau nak pakai masa bila.. hahaha so aku masih berfikir samada nak tukar ambil butterfly orange tu or buat baju tido aku je la..

Sambung blk citer, di siang hari.. hehe x cukup aku menyopping (perosak bahasa melayu) dress.. di Kinokuniya, KLCC aku beli pula buku yg bertajuk "How to Make Someone Fall in Love with You in 90 Minutes or less"... aku rasa buku ni mcm menarik utk aku membeli dan membacanya.. Selepas apa yg dah berlaku.. aku rasa buku ni mgkn boleh menambah keyakinan aku.. acecece tambah la sgt.. hahaha sebenarnya aku mcm x percaya je dgn tajuk buku tu.. betul ke kita boleh buat org jatuh cinta dgn kita dlm masa 90 minit??

So lepas baca buku ni aku nak cuba aplikasikannya.. dan tgk berkesan ke x.. Tapi lepas membayarnya, aku baru sedar.. dgn siapa aku nak cuba praktikkan? Hahaha adoi.. awatla bengong benar aku nie.. Tapi bila aku ada curi2 baca skit, guess what? I fall in love already with the book.. aku suka cara dia terangkan dan bg contoh.. xpe.. nanti dah abis baca buku ni aku akan suggest or promote buku ni bagus ke x.


By the time aku smp ofis KL aku.. dah pukul 3.30pm.. hehe ngular sakan aku dgn PA ayah aku.. tapi aku rasa seronok sgt hari ni.. walaupun dah melayang duit aku RM100.. but aku rasa wah!!! bestnya shopping.. dan aku rasa spt tiada masalah dzn gumbira.. spt rama2 yg baru keluar dari kepompongnya dan terbang bermain2 ditepi taman bunga yg comel.

Kemudian kawan baru aku, yg buat aku sedih n nangis x ingat dunia smlm.. tanya samada aku dah ok ke belum di YM.. seriously, aku rasa berterima kasih kpd dia.. mmg dia buat aku sedih, tapi di masa yg sama dia mcm buat aku rasa lapang dada.. dan buat aku pk n kaji semula diri aku. Hehe tu yg sedar2 dr tido aku, aku dah sedar apa masalah aku.. I'm worried too much even though it is not happen yet.. tu yg buat aku agak pasif n negatif (hehe mgkn ramai yg xtau ni masalah besar aku.. walaupun aku selalu cuba utk bersikap positif, tp aku sentiasa dibayangi sikap negatif).

Dan kawan aku ni siap bg tips kepada aku how to look sexy.. dia ckp kena tukar cara pemakaian n penerampilan aku terlebih dahulu.. hehe aku dgr je la mgkn bagus juga utk aku. Jadi aku nak kongsi bersama korang yg membaca post..Ni adalah pendapat n pandangan dr seorang lelaki k..

  • must use cotton or nylon, cotton has to be velvet soft
  • underclothes must be light brown color, avoid dark or bright color
  • avoid jeans and wear long skirt
  • no high heels but buy comfortable sandal
  • fruit scent perfume
  • make up... light n natural, lip gloss no lipstick

Dan dia cadangkan kpd aku, get a light brown dress if u r skinny or voluptuous but not fat a dress with a small brooch with comfortable sandal. hehehe dan dia siap cakap.. kalu bajet kecil "b smart , masuk kedai berjenama tengok fasyen dia, cari imitation" hehehe what a gud idea huh.. mamat ni loaded.. so aku rasa suka ppuan yg sentiasa nampak cantik dan bergaya. Sbb tu tips dia.. agak sesuai utk high class or high maintenance nya ppuan.. hehehe tapi aku cuba nak buat la..

Tengah aku best2 chatting dgn kawan baru aku ni.. tetiba mamat yg buang aku dr FB tegur aku kat YM (aku ada citer mamat ni di post sebelumnya..) adeii aku xtau nak bg nama apa kat dia.. okla, aku gelar dia Mr A. Dia tegur aku mcm tiada apa2 yg berlaku.. oleh krn mood aku baik, aku balas la YM dia.. tp di masa yg sama, aku teringin sgt nak tau apa yg dah berlaku sebenarnya ant aku n dia.. ye la.. knp tetiba x balas sms aku n buang aku dr FB dia..

Dengan muka xtau malu, aku memberanikan diri utk bertanyakan juga.. Dia minta maaf sbb dia sibuk hari jumaat tu dan kesibukkan terbawa2 smp la smlm.. tu sbb knp dia tak balas sms aku.. ok la.. walaupun aku susah nak percaya.. hehe tp tu bukan penyebab utama kenapa aku sedih sakan.. so aku tanya pasal hal FB tu.. dia boleh ckp terima kasih krn tanyakan hal tu.. n siap tegur aku dan bgtau aku

"Awak x penah add sy dan boleh x awak add sy skrg?"

Erkkk.. aku x penah add dia ke? adeii sbb tu la nama dia tiada dlm senarai friends aku n aku tiada dlm senarai nama kawan dia.. Huh, hampeh betul aku nie.. amat2 memalukan aku.. aku punya la sedih bagai nak rak pasal hal tu.. hakikatnya, aku mmg x penah add dia FB aku pun.. hahaha malu siuttt.. nasib baik dia x berada depan aku.. aku xtau la mcm ne muka aku masa tu.. tp yg pastinya aku gelak sakan dan minta maaf dgn dia.. sbb aku telah buruk sangka dgn dia.

Adei.. buat penat je aku susah hati, sedih dan duk pk apa lah silap n salah aku.. adei.. penat juga aku berehat dlm kepompong aku.. tp aku x myesal.. sbb aku rasa aku dah kembali bersemangat dan bertenaga utk menempuh hari2 mendatang (esok ada client nak mai ofis.. duhhhh bosan gila)

Yang pastinya, hari ni aku agak gembira.. dan aku harap kegembiraan ni bertahan la lama skit.. dan aku nak mulakan hidup baru.. aku nak lebih ceria... n lebih comel.. hehe

Monday 23 February 2009

Shut down mode.. before everything is crash

Lepas apa dah jd smlm, aku ingat everything should be ok.. Well, to tell the truth.. aku dah x pk pun sgt pasal mamat tu.. malas nak sesak kan otak dgn benda yg x sepatutnya.. bukannya mamat tu ada kaitan dlm hidup aku pun.. Dia xnak kawan ke nak kawan ke nak buang ke nak apa ke.. aku peduli apa..

Hohoho... alangkah bagusnya kalu itu adalah hakikatnya..

Hakikatnya, aku mmg dah x pk pasal mamat tu. Cuma luka di hati ni masih lagi tercalar n bertanda.. Syukur semalam aku ada kenal dan buat kawan dgn sorang kawan kepada kawan.. Dia byk membantu aku to forget about this silly thing.. even aku bgtau n citer pasal DIA pd si dia.. Dan dia menyakinkan aku utk move fwd, there is nothing waiting for me if i still want to be together with HIM.

Tapi, nasib kurang baik aku di bulan February masih tetap tidak berlalu pergi.. x smp beberapa jam aku kawan dgn dia.. aku dah buat dia bengang dgn aku.. hahaha adei, apa la nak jadi dgn aku nie..

Being rejected n i wondering why.. now when i have a fight with this new friends.. it make me think.. hey what is wrong with me?

Gaduh pasal hal remeh tp diperbesarkan oleh dia.. gosh, aku baru je rasa tidak bersemangat dgn apa yg dah berlaku.. tetiba ada org cuba cari gaduh dgn aku di mana aku tiada mood sama sekali nak gaduh dgn dia.. Dia bengang dgn aku sbb aku begitu negatif n pasif...

Puas juga aku dibebel n brain wash by him.. he make me very sad about everything now.. Smlm dia begitu menyenangkan hati n fikiran aku dan mlm ni dia buat aku kusut.. Kusut memikirkan apa yg dia katakan kpd aku.. Semuanya berpunca dari aku ckp "menjamin keselamatan".. knp aku begitu terlalu berhati2 dan tidak percayakan org..

So hari ni satu hari, aku kurang bersemangat.. sedangkan aku ingat awal pg td, aku bersemangat gila nak mulakan semuanya baru.. tp x smp tghari.. semuanya telah berkecai.

Dah lama, aku x rasa menangis seteruk ni.. aku ingat the last time aku nangis seteruk ni masa atuk aku meninggal. cuma kali ni lagi menyakitkan hati aku, sbb aku x dpt nafikan apa yg dia kata adalah benar.

Skrg aku berada dlm fasa yg xnak diganggu oleh sesiapa.. di mana aku dah berada di tahap sedih yg x dpt di atasi.. mana taknya... tgh layan anime movie one piece.. x semena2 boleh ngalir air mata.. tu kira dah kritikal la tu.. so, aku rasa it the best time for me to wrap in my cocoon n stay inside there. dan bila tiba masanya, aku akan kluar dr kepompongku.. dan menyambung semula perjalanan hidupku yg masih sesat mencari jln pulang.

Dan aku masih percaya dan yakin.. esok, lusa or hari2 mendatang pasti ada cahaya atau pelangi indah yg sedang menanti aku.. apa yg perlu aku buat skrg adalah bersabar n hadapi hari2 yg penuh kesukaran ini dgn tenang n tabah. Dan yg penting teruskan senyum n pretending nothing happens.

Sunday 22 February 2009

Totally Being Rejected

Ahuuhhh... penatnya nak ngeluh bulan ni... aku tau x baik mengeluh ni.. tp aku tetap rasa nak mengeluh.. hehe degil betul aku nie..

Well, mcm aku kata la.. bulan ni mmg hebat dugaan aku.. sebenarnya awal tahun nie mmg kuat juga penangan masalah yg perlu aku hadapi. Xtau la sejauh mana kekuatan yg aku ada utk berdepan dgn masalah yg dtg bergolek atau yg aku jemput mai ni...

Apa yg aku khuatiri telah pun berlaku... hahaha tu la.. aku dah berpesan pd diri sendiri.. jangan monyet jgn.... skrg tgk apa sudah jadi.. nak nangis pun xle... nak meraung pun xle.. nak apa2 pun dah x boleh.. hehe tp yg pastinya aku rasa sakit hati.

Emm knp nak rasa sakit hati yek.. padahal bukan ada apa2 pun.. cuma tu la.. bila diabaikan... eemm perkataan abaikan x sesuai.. bila dibuang.. sound so harsh.. okla being rejected.. sedap skit nak sebut, padahal sama je maksudnya...

Dr hari Jumaat lagi aku dah rasa being rejected by this guy.. ala mamat yg aku p jumpa mlm jumaat tu.. mcm ne aku tau? sbb aku ada sms dia ptg jumaat tu masa dlm perjalanan blk ke rumah. Dia balas mcm biasa.. tetiba bila aku tanya bila nak blk ke Kedah.. dia terus senyap x semena2.. adeii aku rasa kecil hati skit.. sbb aku x rasa dia xde kredit.. my instinct said he just not into me..

Hehe kalu korang nak tau, korang kena baca buku "He's Just Not That Into You" mmg menarik.. once kalu dah baca.. mgkn ia boleh mbantu korang samada laki yg korang dating tu in love with you or not... or suka kawan dgn korang ke x..

Tapi td ptg aku baru dpt tau.. yang mamat tu dah buang nama aku dlm list friends facebook dia,... gosh now I'm really felt totally being rejected without any reason at all..

Tapi kenapa aku nak rasa sedih or marah? aku suka dia ka? aku sudah jatuh cinta dgn dia ke? emmmmm mgkn aku suka dia tp bukan falling in love.. aku suka berkawan dgn dia je..

Mcm la aku ni terhegeh2 suka kat dia lebih dr kawan.. aku just nak kawan je.. dia pula best2 je buang aku dr FB dia.. hampeh.. haha xpe xpe.. bg aku ada hikmah.. mgkn dia ada niat kurang baik dgn aku..

Kesimpulannya - jgn ingat aku ni x penah dipermainkan dan dimalukan or being rejected ok. Ikhlas malu nak tulis citer ni dlm blog... tp aku nak tulis sbg peringatan pada aku.. ingat perasaan being rejected dan betapa malunya aku (apsal nak malu ek?).. muahaha life is not easy as u think.


PERINGATAN: JGN BUAT KEJE GILA LAGI.. ni la akibatnya..

Friday 20 February 2009

Terkedu dlm blur

Awal2 pagi Mr R dah kacau lena aku yg indah... sungguh menggangu tido aku.. haha mana taknya smlm aku tido kul 3am.

Tapi ia mmg mengganggu hari aku.. mana taknya.. i dont get my beauty sleep.. haha dlm mamai2 aku baca byk la juga mesej dia send kat aku.. cara dia send tu mcm tu adalah last mesej dia akan hantar pd aku.. eemm entah la, mgkn sbb DIA dah nak blk ke Malaysia. So Mr R, dah xmo baik sgt dgn aku sbb DIA dah nak blk sini. apa2 je la.. malas aku nak pk.

Cuma yg aku x laratnya sempat dia kata aku ni

GEDIK... MANJA.... Periang... Panas Baran... Sensitif

Adei.. aku gedik ke? n manja? kenapa la aku kena ambil pusing apa yg dia ckp pasal aku nie.. aii aku gedik?? kena kaji blk ni.. betul ke?? eemm part manja pula.. adeii aku manja ke?? eemm tah la.. abis aku pk satu hari duk betul ke aku gedik n manja..

Part lain tu aku xkisah sgt.. sbb ada benar nya.. hehe anyway.. aku akan kaji semula.. kalu betul.. n x sesuai dgn karektor aku.. mgkn aku akan cuba utk berubah.. hehe xkan la dah umur nak masuk 30.. masih nak tergedik2 kan.. hehe

Thursday 19 February 2009

kurang happy --> happy sikit

Hari ni mood aku agak swing.. sbb awal2 Mr R dah sakitkan hati aku.. bermula dr smlm smp la ke tengahari td.. So mood aku mmg dah hancur luluh hari ni.. dgn pagi2 lagi bos aku dah kacau aku.. mmg rasa nak nangis je rasanya.

Bulan ni aku sungguh terasa tekanan kerja n masalah peribadi aku.. aku rasa rapuh n bila2 masa akan kababooommm dgn air mata n patah semangat..

Mr R bgtau keadaan DIA x berapa stabil.. mgkn kritikal juga.. xtau knp tetiba aku rasa sgt2 sakit hati n sedih.. rasa mcm nak menangis pun ada.. perasaan syg tu mcm sudah tiada, tp rasa concern n risau tu masih ada lagi.

Nasib baik, tengahari td aku kluar lunch dgn kawan aku Mr N.. so borak2 la utk merelease tension.. so kurang skit la stress aku..

Dan hari ni juga, aku blk umah awal.. kul 4 lebih aku dah smp umah aku.. hehe mesti pak guard umah aku terkejut... aii awalnya aku smp umah.. ye la, selalunya aku smp umah bila matahari dah tenggelam je.

Disebabkan mood aku hampeh, maka aku sgt rajin mengemas umah hari nie.. abis aku kemas bilik n ruang tamu aku.. hehe baru la nampak kemas skit.. brg2 yg aku shopping semua dah aku simpan elok2.. rasa lapang skit mata ni menengok (x lama je tu... nanti aku sepahkan blk.. haha xle nampak kemas2 sgt)

Oleh kerana letih mengemas umah, aku boleh tertido pula bila lepak santai kat atas katil.. tp bila bgn dr tido tu (lepas maghrib)... rasa seolah2 satu beban besar dah dialihkan dr hati aku nie.. rasa better skit dr ptg td dan aku mamai, tu la akibatnya tido ptg.

Dan mlm td.. hehehe jeng jeng.. mgkn sbb aku biol siang td.. aku p buat keje bengong lagi.. di mana aku p sms kawan baru yg aku buat di facebook. Bermula dr facebook ke YM. seriously aku mmg bukan mcm ni.. aku xkan mudah mberi no hp aku kpd org.. atau pun jumpa dgn org yg aku x kenal.. well too protective i guess..

Tapi aku tetiba teringat status kawan aku di YM "when you are buzy to judging ppl, you have no time to love them".. xtau knp aku tertarik dgn kenyataan ayat berikut.. Selama ni aku mmg terlalu menilai (judging) org sblm aku decide org tu layak atau tidak berkawan aku.. dan mmg betul, jika kita asyik menilai org.. kita tidak mpunyai masa utk myayangi mereka atau mengenali mereka lebih dekat..

So bila mengenangkan kenyataan tu.. aku ckp dlm hati.. just give him a chance.. mgkn dia x seteruk mana.. so aku dgn bestnya bersms dgn dia spjng ptg td..

Meh aku cerita serba sdikit pasal dia, dia ni org Kedah kira asal n kerja di sana, dan kebetulan dia ada kerja hari ni di Kuala Lumpur.. Jadi dia ambil kesempatan ini, utk jumpa aku...

hahaha x penah2 aku kenal org x smp seminggu aku dah bg no hp aku n berjumpa dgn dia. Masa lepas bangun dr tido tu, aku rasa spt mimpi je aku p sms mamat tu n janji nak kluar dgn dia.. haha boleh x aku siap sms dia utk double kompemkan apa yg telah aku plan utk mlm nie.

Akhirnya, aku p jumpa dia kat area Kajang.. sbb aku malas nak turun KL. Kami lepak di kedai mamak je.. He seems nice n polite.. Hehe sbb tu aku stiasa suka org utara.. x termasuk Penang k.. sbb mostly laki dr sana agak gentleman.

Dia masih single (xtau la sejauh mana kebenaran tu, serik sudah aku dgn kes Mr B), putih melepak.. comel (kacak).. kerja sendiri.. ramah, kelakar, cerewet dlm pemakaian dan down to earth..

But from the dressing n cara dia bergaya.. I know dia org berada ler.. terlalu mudah utk dispot.. hahaha aku tau dia dtg dgn kereta BMW (aku pun xtau mcm ne aku leh tau, mgkn sbb dia asyik pandang kereta dia, takut kena curi kot.. haha).. tp dia ckp tu keta pinjam je (haha padahal aku x mention pun pasal BMW).. haha aku xtau ler betul ke x. Bagi aku semua tu x penting sbb aku bukan pandang semua tu..

Masa aku mula chatting dgn dia, dia cuma ckp dia org kg je n biasa.. dan nak cari pasangan hidup.. kalu boleh xmo bercinta2.. nak terus kawin.. dan dia nak ppuan biasa je, xmo ppuan kaya, sbb x pandai berdikari.. hahaha but come on la.. the way his dressing, dia xkan dpt ppuan yg biasa or simple.. hanya ppuan yg high maintenance je sesuai berdamping dgn dia(ppuan high maintenance ni dlm kategori ppuan kaya ke??)..

Rata2.. dia ok.. kira boleh dibuat kawan la.. easy to talk to, relaks n cool, funny.. lama juga kami lepak kat kedai mamak tu.. nak dkt kul 12 baru kami beredar dr sana..

Emmm secara kebetulan dia ni, sama tarikh lahir dgn 1st ex aku Mr C.. ketinggian dorang pun sama n badan cubby2 pun lebih kurang je.. haha tetiba je aku teringat kat ex aku.. bengong ke aku? hahaha

Apa2 pun, aku agak lega n lapang sikit hati aku skrg.. ahuuhhh, tp hari esok masih menunggu aku.. haiii bosannya kerja... sungguh xde mood nak p ofis.. tp terpaksa p juga...

Wednesday 18 February 2009

Sedih + keliru = tak bersemangat

Minggu ni aku agak down, sedih dan kurang bersemangat.. tak tau la di mana silapnya.. di awal minggu ni aku mulakan dgn sesuatu yg kurang baik.. dan ianya berlanjutan hingga ke hari nie..

Hari Isnin je aku dah bergaduh dgn babahku.. aku kategorikan dlm pergaduhan yg teruk juga la.. smp aku kena maki dgn ayah aku.. dan aku telah meninggikan suara aku menunjukkan sbg betapa aku tidak berpuas hati.. Oleh kerana aku ni mmg agak emo, air mata ngalir jgn kata la... mmg xde segan2 dah ngalir.. aku nangis sbb aku sgt2 marah n geram dgn ayah aku.. haha air mukus hidungku yg jernih tu pun turun tanpa dijemput. Hehe the best part kami gaduh di ofis hanya kerana kami berbeza pendapat.. aaiii hari pertama bermula dgn agak dramatik dan kesannya aku agak kurang bersemangat menempuhi minggu ni. (anyway aku dah berbaik dgn ayah aku.. kami kalu gaduh mmg xlama)

Kemudian diikuti semalam pula, aku terima panggilan dari bini Mr B. Gosh... aku ingatkan semuanya telah selesai. Kak M hanya nak tau samada suami dia ada call aku lagi tak? secara ikhlas aku jawap tiada.. (cuma aku masih chatting dgn dia.. tu pun jarang sgt n hanya penuh dgn perlian dr aku shj) Kak M mcm masih ada tidak berpuas hati dgn aku.. krn dia masih tidak tahu siapa nama aku n aku kerja sbg apa.. aku tahu aku telah menimbulkan satu persoalan yg besar kpdnya.. Tapi aku tak tau knp, aku macam kurang percayakan dia.. terasa spt ada udang sebalik batu.

Lepas tu hp NOKIA kesygn ku pula buat hal semalam.. tetiba pula jammed.. semua butang x berfungsi.. aku dah off hp pun x jln... aku cabut bateri, pasang dan on kan blk pun x jln juga.. mmg sgt stress smlm.. dan yg menambahkan stress aku.. masa tu jugala, ada org call aku.. di paparan skrin hp terpapar "Private Number" arghhhhhh aku sungguh tertekan.. puas aku tekan butang utk mjawap phone tapi tak boleh juga.. masuk kali kedua dia call.. still tak boleh jawap juga.. aku sgt2 nak meraung n stress sekor2..

Lantas aku menukar sim kad tu masuk ke hp lain.. aiii knp la aku x buat mcm tu awal2.. well i guess nobody well call me at this time of hour.. but i'm wrong.. lepas dah tukar sim card.. xde pula org tu call.. betapa aku kecewa n patah hati... krn aku tau yg call tu pasti DIA..

Walaupun aku tidak lagi mempunyai perasaan terhadap dia.. tp xtau knp aku masih menanti dia. Aku ym kawan baik dia, Mr R tanya yg call tu Mr R or DIA. tp dia x reply mesej aku.. So smlm aku tido dlm perasaan yg agak down skit.. dan aku tau pasti esoknya aku tidak bersemangat..

Pagi tadi, baru Mr R reply mesej aku.. katanya yg call aku smlm adalah adik ipar si DIA. erkkk.. knp tetiba adik ipar DIA call aku? menurut penjelasan Mr R, adik ipar DIA yg minta no phone aku? eemm tp utk apa? setau aku la.. adik ipar DIA xtau pun akan kewujudan aku dlm hidup DIA.. eemm ye ke? eemmm aku x rasa DIA ada cerita pasal aku pd adik ipar DIA. serious aku x faham.

Aku ckp dgn Mr R.. kalu penting sgt tujuan dia call aku smlm.. pasti dia akan call lagi.. aku tanya Mr R... knp dia nak no aku dan call aku? Mr R tak nak bgtau aku.. katanya dia sendiri baru je tahu.. tahu apa? serious aku x faham.. dan yg aku x faham knp mesti adik ipar dia yg call aku?

Aku agak buntu.. sehingga sekarang tiada panggilan lagi dr private number.. benarkah apa yg dikatakan oleh Mr R?

Dan adakah ini yg aku nantikan selama ini? THE END of the game between me and HIM.. is this what i wants? am i happy with it? now i feel lost..

Thursday 12 February 2009

DoWn .. :(

Currently, I'm felling boring.. bored with my life..

Kadang-kacang aku rasa cemburu dgn kisah hidup kawan-kawan aku.. (mostly aku dgr citer part best je la.. jarang org citer hal masalah mereka)

Aku cemburu akan "THEY HAVE A LIFE!!!" tapi aku?? aku rasa kosong.. jiwa aku rasa kosong.. hidup aku juga rasa bosan.. aku dah bosan dgn life yg aku lalui bbrp tahun nie.. xde benda baru atau yg mcabar hidup aku.. eeemm ke aku terlalu protecting myself?

Adakah ini krisis yg dialami org semua wanita yg masih bujang di kala usia ini? owh please.. apa punya alasan? faktor umur dan status bukan faktor utama knp aku rasa bosan dgn life aku.

Tapi ikhlas, aku masih terasa hilang arah.. hilang arah tuju.. Aku dah xtau apa yg aku mahukan dalam kehidupan ini.. apa yg aku buat sekarang adalah cuba utk hidup pd hari ni.. dan bukannya utk masa hadapan.. I live for today but not for future.. it is bad??

Atau ini adalah hari2 yg aku akan rasa down.. sbb bakal dtg bulan.. ishh susah betul jdi ppuan ni.. bila emosi mereka dipengaruhi oleh hormon nie..

Sekarang aku rasa kusut pula.. kusut dgn masalah2 yg aku pendamkan sendirian selama ini..

Aku cemburukan mereka yg merasakan kehidupan mereka hampir lengkap or lengkap.. dan aku cemburu mereka mempunyai apa yg mereka punyai.. sedangkan aku? masih x menghargai dgn apa yg aku punyai.. hehe what a life.. betul la kata org.. kita x pernah hargai apa yg kita ada.. dan kita xpenah rasa puas dgn apa yg kita ada..

Hari hari ketika aku berasa mood down atau menghampiri depress.. haha aku begitu sungguh negatif about everything.. even aku kluarkan aura yg hitam disekeliling ku smp org disekeliling terasa akan aura hitam ku.. (muahaha ingat ni dlm cartoon ke?)

Wednesday 11 February 2009

Continue bout Mr D...

Seperti yang dijanjikan.. aku nak cerita pasal Mr D...

Ingat lagi kes Mr B? agaknya sbb otak aku ni blur masa tu... aku p gatal tangan (taip) bg no hp aku kat Mr D.. well aku bg no yg ofis bg...

So ada satu malam tu dia call aku.. lama juga la kami bergayut smp panas gak tinger aku nie.. spjg aku borak dgn dia.. tak tau knp dia mengingatkan aku pd DIA (kekasih gelapku)... tp mustahil la Mr D adalah DIA... eemm kebetulan pula aku letak nama samaran "D" bermula sama dgn "DIA".

Kenapa aku cakap mereka bukan org yg sama..
  1. suara Mr D x sama dgn DIA
  2. terlalu sinis dgn aku
  3. kurang penyabar
  4. keras kepala melebihi aku
  5. tiada tolak ansur
  6. x nak mengalah yg amat2
  7. Mr D muda dari DIA (Mr D baru 28 thn)

Dan kenapa pula aku cakap Mr D banyak ingatkan aku kepada DIA..

  1. Perahsia.. smpkan dia called aku.. x kluar no tp just PRIVATE NUMBER.
  2. owh Mr D tahu no phone umah mama aku n alamat umahnya sekali.. (mbuat aku cuak.. here come another becoming stalker.. owh pls).. i guess he get from TELEKOM or yellow page kot.. haha
  3. Mr D ada sengau yg sama dgn DIA.. xdela sengau sgt.. cuma kat sesetengah perkataan yg disebut tu ada sengaunya sikit.
  4. pandai dan ada ilmu pengetahuan.. which by kalu bincang satu2 topik tu.. aku kompem kalah la.. sbb hujah mereka terlalu padat n tiada kecacatan yg boleh aku pertikaikan or either i'm so stupid hehe.
  5. ayah Mr D dari terengganu... owh ok... DIA pun asal terengganu.. (ke mmg org terengganu ni ada sengau? haha)
  6. suka perasan hensem (goshhh pleaseeee.. aku x faham dgn lelaki yg suka perasan diri dia hensem.. but guess what.. my babah always said "I'm handsome"...)
  7. gunakan Osman Kering sbg contoh.. errkkk bila dia sebut nama artis nie.. aku mmg agak terkedu.. dlm ramai2 artis di Malaysia.. knp mesti Osman Kering?? DIA pernah guna Osman Kering utk menggambarkan rupa dan Mr D pun mggunakan Osman Kering sbg contoh utk menggambarkan rupa.. adeiii wei apa dosa Osman Kering dgn diorang nie.. smp jd mangsa.. huduh sgt ke si Osman Kering nie? or glamour sgt ke dia? smp dijadikan contoh.. bg aku agak pelik la.. sbb aku xle nak bayangkan Osman Kering ni mcm ne org nya..

Ikhlas.. aku pun xtau knp aku boleh teringatkan pd DIA.. ke sbb aku terlalu fikirkan dia.. smp mana2 laki aku cuba samakan dgn DIA. Ahuuuhh...

Tapi yang pastinya, ada sesuatu mengenai Mr D yg aku sgt2 x suka dan x percaya.. Dia seolah2 x ikhlas dgn aku.. dan dia sgt2 menyakitkan hati aku.. teramat2 menyakitkan hati aku.. dan dia mcm ada sembunyikan sesuatu dr aku.. tp aku xtau apa.. ini adalah firasat aku.

Dan mmg sukar utk korek rahsia mamat ni.. apa jua yg aku nak tau pasal diri dia.. or number phone dia.. dia minta aku bg link blog aku.. eemm well jgn harap aku nak bg la kan.. hahaha.. aku x bg link blog ni kat dia.. sbb kalu dia tau lepas ni.. aku dah xle nak kutuk dia dlm ni dgn bestnya.. plus aku sgt2 tidak percayakan dia.. cukup la... dia tahu byk maklumat pasal aku.. dan skrg sibuk nak jaga tepi kain aku...

syuh syuh .. aku x perlukan ramai penyibuk dlm hidup aku.. cukupla apa yg DIA dah buat dgn hidup aku.. aku xmo tambah lagi penyibuk yg akan menakutkan aku..

Entah la.. bukan aku nak percaya apa yg DIA dah bgtau aku (ala2 paparazi gitu) walaupun tiada lagi sebarang bukti yg penah aku tgk.. tapi DIA hanya ckp shj.. dan telah berjaya membuat aku menjadi takut..

Gosh .. how much i hate it.. he really make me scared.. (Ok.. ni citer lain k.. dan x mgkn aku mampu ceritakan kepada sesiapa2.. kalu betul (lepas aku dpt bukti) hanya satu pilihan yg aku tinggal.. iaitu mbuat laporan polis.. itu pun kalu aku berani.. ikhlas.. aku ada terpk yg dia nak gunakan tu utk ugut aku.. tp setakat ni masih tiada lagi.. n it make me wonder... but i hate it so much..)

Kesimpulannya - I don't like Mr D.. he reminds me of HIM.. n i hate it so much.. Seolah2 Mr D ni mcm adik kepada DIA atau klon DIA..

Tuesday 10 February 2009

Merisik

Kecoh bbrp hari nie dlm famili aku.. hehe kalu tgk tajuk post ni pasal merisik... tp jeng jeng jeng.. hahaha bukan aku daaaa tp....

Adik aku.. yg no 3 dah sibuk nak bertunang dgn aweks dia.. Emm aku no 1, pastu adik aku Si Bob no 2 diikuti Si skema no 3 dan si Beng no 4.. hahaha.. suka2 hati aku je bg nama kat dorang... ni baru sikit adik2 aku letak.. x masuk tiri miri lagi..

Tapi mmg agak kecoh la skit.. aku rasa kat kg aku tu mcm satu berita menggembirakan or tergempar la juga.. akhirnya dalam famili mama aku.. ada juga anak dia sorang yg bakal ke jinjang pelamin.. Hahaha mana taknya nak harapkan anak ppuan dia yg sorang tu (aku) mcm bertahun lagi.. nak harapkan si Bob.. pun mcm bertahun la lagi.. tetiba si Skema sibuk2 gatal nak kawin sudah.. hahaha ok la tu.. langkah 2 bendul.. kira hebat la tu.. aku sbg kakak pasti la tumpang gembira.. Bob pun happy je.. kami tiada sebarang bantahan.. kalu dah tiba seru dia utk kawin.. ya apa salahnya.. bagus la.. kami tumpang sibuk je.

Sememangnya, kami (aku dan bbrp ahli famili yg lain) tak sangka.. mama aku dpt menerima hakikatnya..Uih korang tak kenal mama aku.. hehe dia seorang yg garang n tegas. Masa mula2 Skema bg hint nak kawin.. mama aku libas ckp.. "Abis belajar pun belum lagi.. dah gatal nak kawin?" muahaha kami hanya mampu gelakkan dia.. tu antara alasan kenapa Bob xmo kawin.. sbb dia tau mama aku ni garang malah cerewet... plus Bob ni syg bebenar kat mama dia.. kalu hitam ckp mama dia.. maka hitam la dia.. kalu mama dia kata kawin dgn A.. kawin la dia dgn A walaupun hati x hingin.. kira anak soleh la nie..

Kira mula2 Skema mmg dpt tentangan yg hebat dari mama aku.. alasan adik aku nak cepat kawin adalah sbb mereka dah nak abis study.. lepas ni kena base kat hospital.. krn cinta sejati.. mereka tidak mahu berpisah.. hehe kerana takut buah hati intan payung dikebas org.. ialah dah berjauhan.. biasa la kan.. so kalu ada ikatan seperti suami ister.. senang nak apply kat satu hospital nie.. Tapi mama aku siap ckp dgn Skema, tu x payah risau.. dia ada ramai kawan dlm Kementerian dia.. utk sumbat 2 2 org tu dlm hospital.. Hehe sanggup mama aku guna cabel dia, semata2 xnak adik aku ni kawin.. Tapi alhamdulillah, akhirnya mama aku dapat terima bakal adik ipar aku nie..

Bakal adik ipar aku ni, orang Terengganu (erkkk satu negeri dgn DIA), kira lepas ni adik aku jadi org ganu kita la lepas ni.. muahahaha.. fuh jauh tu... Bakal adik ipar aku ni.. nampak dlm pic baik ler... comel2 gitu n skema2 juga.. kalu tanya kat Skema, mmg puji melangit la budak tu.. kekasih dia la yg terhebat di alam semesta nie.. hehe tp aku dpt rasakan she is nice girl.. x sabar nak kenal dia (mbuli sebenarnya)

Yang pastinya, Jumaat lepas mama n papa ku telah pergi merisik bakal adik ipar aku nie... dan pertengahan bulan depan mereka akan bertunang.. YIPPIEEEE... mesti Skema sedang menyanyi dgn gumbira di dlm hati.. hehe dan dia sempat tanya nak sponsor apa utk pertunangan dia.. aku ckp dgn Bob.. aku akan sponsor "seikat pisang dan sekilo gula" , Bob hanya gelak je... dan dia booked nak sponsor buah2an..

Bagi aku "Seikat pisang n sekilo gula" ada citer disebalik kata2 nie.. ia mbuatkan aku teringat pd atuk kesygnku... dan betapa aku merindui beliau...

Anyway, tahniah wahai adik ku.. akhirnya telah mendapat restu dr mama ku.. cuma babahku pula yg kurang setuju pula... hehehe tak apa.. yg tu aku akan uruskan.. all i want is to see my brother happy..

Saturday 7 February 2009

Malam yg sunyi di bulan Februari

Emm tak tau kenapa lately ni aku rasa mcm ada sesuatu yg kurang dlm hidup aku.. mcm ada sesuatu yg x cukup dlm hati ini... aku rasa spt alone... Bulan lepas byk dugaan yg aku berdepan... dan kini aku rasa sedikit down..

Mungkin sbb skrg bulan FEBRUARY.. hehe bulan yg ada Valentine Day.. hari kekasih... hari berkasih syg.. adeiii knp tetiba aku rasa mcm sedikit rasa tertekan... arghhh... boleh x aku nak salahkan TV.. iklan2 di TV.. album yg promote lagu love song... movie2 berkisahkan cinta.. arghhh bestnya ada pasangan yg boleh bermanja2...

Emm manja2? okla secara ikhlas x.. aku bukan jenis yg suka nak manja2.. cuma aku nak teman or pasangan yg ada di tika aku perlukan dia.. Why la nowdays susah sgt nak cari teman lelaki or calon suami? Betul ke aku ni cerewet sgt? eemmm entah la.. aku pun xtau apa yg x kena dgn aku.. mgkn aku nia bawa malang kot (hahaha apa punya fikiran daaa)

Tapi ikhlas aku rasa sunyi.. dan kadang2 aku cemburu tgk org lain bersama pasangan mereka.. or bersama anak utk mereka mencurahkan kasih sayang mereka.. all i wants just to be love n love someone.

Ahuuuhhhh.... harap2 perasaan celaru ni hanya seketika shj.. kemudian aku akan kembali ceria2 spt biasa... hehe mgkn aku kena cpt2 stabilkan ekonomi aku n siap sediakan diri aku cpt2.. pastu aku leh ambil anak angkat spt yg aku rancangkan ;)

Friday 6 February 2009

Dan Sebenarnya

Masa aku ronda2 blog kawan2 aku ni... jumpa pula lagu comel ni.. 1st time dgr.. cair.. seriously kagum dgn penyanyi dia.. suara dia mmg mantap n lemak merdu .... lepas tu pandai main gitar.. pastu bertudung... hehe sungguh jeles kan dia... Nama artis indie ni YUNA... dan lagu dia yg comel nie.. bertajuk Dan Sebenarnya.. lirik dia pun sempoi...




oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–

Wednesday 4 February 2009

Mr B (The End)

All I'm looking for just a LOVE.. But what do i get? Just a messy massy problems.. (Not with Mr B) Cuma perasaan utk mlm nie (sedang kumpul mood nak update blog)

Alhamdulillah, selepas mendapatkan bbrp pendapat dr kawan2 aku.. Mostly ramai yg syorkan agar aku x masuk campur dlm masalah rumah tangga orang dan ada juga yg bg galakan kpd aku supaya aku ajar lelaki yg xtau malu nie..

Dan akhirnya, selepas bbrp kali Kak Maya ni call aku.. aku buat keputusan utk lupakan sahaja hasrat aku.. di mana aku x jadi jumpa pun Kak Maya n ajar Mr B.. Sbb Mr D ckp aku tiada terlibat pun dlm masalah ni.. di mana aku mana ada skandal dgn Mr B, hanya mangsa penipuan sahaja.. dan aku tiada kerugian apa2.. dan aku tiada menyimpan sebarang perasaan terhadap dia.. Dan aku terpaksa setuju dgn nasihat dia.. Krn ada benar disebalik kata2nya.

Lagi pun Kak Maya salah faham pula dgn aku, dia sangkakan aku nak jumpa dia, di masa yg sama aku kantoikan laki dia pada hari tersebut juga.. eemm lagi pun aku ada perasan musykil dan pelik dgn Kak Maya yg mbuatkan aku rasa x sedap hati.. Why she so nice to me n so cool... aku rasa dia mcm ada udang sebalik batu juga


Lagi pun Mr D, telah memberi pendapat dia bahawa jika aku berjaya kantoikan MR B sekali pun, ianya masih x releven utk dijadikan bukti sbg Mr B ada skandal di luar umah.. Krn nya kami nak jumpa di khalayak org ramai dan bukannya nak berlagak mcm couple (eeeyueeeewwww x kuasa i), Mr B boleh katakan aku n dia hanya kawan. Lain la kalu kantoi aku n Mr B dlm bilik hotel mana (erkkk tlg la.. simpang 44 k) then adalah bukti yg kukuh mmg Mr B curang terhadap Kak Maya. Dan aku terpaksa setuju dgn kenyataan Mr D, xde guna aku perangkap Mr B krn tidak mbawa sebarang faedah kpd aku tp hanya menambah masalah kepada aku.

Oleh krn aku x jadi jumpa Kak Maya, aku setuju dgn dia utk tanya pd Mr B, knp buat mcm ni kpd Kak Maya.. Maka aku pun menjalankan tugas ku sbg wanita dan rakan kpd Kak Maya... Aku kol Mr B, hari jumaat lepas (mlm dlm kul 11).. dan dia masih xtau yg aku dah tau siapa dia. Mmg sgt menyakitkan hati, dia masih x nak ngaku.. ni ant perbualan kami yg aku ingat la..

Aku:Nak tanya sikit boleh? awak ada tipu sy apa2 ke spjg berkawan dgn sy.

Mr B: Emmmm entah la.. sy x ingat ada tipu ke x.. (ni jawapan lelaki yg suka ngelak dr mengaku atau berckp jujur.. )

Aku: Lorrrr, xkan awak xtau or x ingat yg awak ada tipu sy ke x? Kalau ada ada ckp ada.. kalu xde ckp shj la xde.. kan senang.. (cuba pancing)

Mr B: Sungguh awak, sy x ingat la.. knp tanya nie.. (masih xnak ngaku)

Aku: eemm kalu mcm tu xpe la.. cuma sy nak ngaku yg sy ada tipu awak.. sy minta maaf la.. awak jgn marah k. sbb tu sy tanya awak ada tipu sy ke x?

Mr B: awak tipu apa? ish sy x marah la..sy akan maafkan kalu awak ada tipu sy.. dan sy harap awak maafkan sy jika sy ada tipu awak (ayat masih cover line)

Aku: so mmg betul la awak ada tipu sy? (Cuba pancing lagi)

Mr B: Betul la awak, sy x ingat la.. kalu sy ada tipu awak ke x.. (Erkkk helloooo, xkan xleh ingat yg dia tipu aku kata masih bujang... eeee grutus aku dlm hati.. geram betul aku dgn mamat ni)

Aku: Okla, sy tipu awak part yg sy ckp sy tido umah bf sy.. sy buat mcm tu sbb nak buat awak x suka sy.. (cuba pancing kali ke brp tah.. cuba paksa dia ngaku kesalahan dia..)

Mr B: fuhh, lapangnya dada sy dgr.. awak tau x betapa nak pecah dada sy bila awak ckp hari tu awak ada kat umah bf awak.. awak tau kan sy x suka awak buat mcm ni.. kalu sy ni ada sakit jantung.. mesti dah mati sakit jantung tau masa tu (eh eh.. lebih2 pulak mamat ni.. masih xmo ngaku lagi tu.. )

Aku: so awak xnak ngaku la yg awak ada tipu sy?

Mr B: xde. (Ego n nak cover line.. gini la perangai org laki nie)

Aku: Okla, sebenarnya sy dah tau siapa awak.. Kak Maya dah call sy yang awak tu suami dia n ada 4 org anak ppuan semuanya..

Mr B: ...........

Aku: Helloooo, awak ada lagi ke? aii xkan terkedu kot sy dah tau rahsia awak.. nak ngaku bujang smp bilanya?? anak dah 4.. smp hati tipu sy.. Kak Maya dah citer semua kat sy.. yg awak ada mgatal dgn ppuan lain juga..

Mr B: yea ada.. lagi apa yg Kak Maya dah bgtau awak.. awka x faham masalah sy.. (masih xmo minta maaf sbb tipu aku tu.. ish ish ish... mmg dah biasa sgt menipu org)

Ini lah lelaki.. dah kantoi pun masih nak cover line.. hahaha.. mlm tu mmg aku fire tinger dia kaw kaw... So, aku tanya la dia.. knp dia buat mcm ni kat bini dia.. alasan dia.. sbb bini dia suka pukul dia (haha aku mmg tergelak besar masa dgr), aku ckp.. apa punya suami awak nie.. Kalu x suka dgn perbuatan isteri awak tegur cara baik.. kalu perlu didik bini tu.. ni x.. biarkan je.. alasan dia sbb dia x suka nak bertindak kasar.. abis.. dia nak biarkan je?? lantak ko la labuuuu, aku pun xmo la ada suami yg xle didik aku dgn baik..

Aku nasihatkan dia elok2.. supaya berbaik dgn Kak Maya.. kalu dia xle juga, then lepaskan la Kak Maya tu.. ksian juga kalu diikat tanpa tali ni.. Mr B kata x sanggup sbb ksiankan anak2.. aku pesan then baik2 la dgn bini dia... stiap masalah ada jln penyelesaiaan nya.. Ada ke patut dia dia ckp xmo gak.. dan dia nak aku jaga anak2 dia.. sbb anak2 dia pandai..

Uhhh, hellooooo.. wei dah kantoi tipu aku.. lagi mau ada hati dgn aku jaga anak2 dia.. ingat aku ni apa? pastu siap ckp syg aku.. errkk helloooooo wake uppp!!! mentang2 la aku tegur ko cara baik.. bukan cara hempukkk (mcm bini ko buat) masih x insaf n serik tu... mmg dasar jantan gatal miang n x guna!!!!!

Lepas marah2 dia dgn cara baik.. aku p buat report duty dgn Kak Maya (tu pun sbb Kak Maya yg call aku.. sbb laki dia x blk umah lagi...) dan aku ckp itu shj yg mampu aku bantu, selebihnya sbg isteri pandai2 la pujuk suami.. (tp susah bila laki dah angau kat ppuan lain.. biol punya laki) dan aku nasihatkan juga agar Kak Maya jgn la buat mcm tu kat suami dia.. Ialah dosa gak tu.. kira x hormat suami..

Ahuuhhhh, lega satu masalah dah lepas.. syukur pd Allah beri petunjuk pd aku n Kak Maya.. Kalau x, xtau la aku brp lama kena tipu n berapa ramai ppuan kena tipu dgn dia.. siap janji nak kawin tu.. hahaha dgn aku pun dia ckp mcm tu.. bengong punya JANTAN.

Kepada kawan2 diluar sana, terutamanya yg dah kawin tu.. sila la pantau tingkah laku suami anda.. rajin2 la ambil tau pasal sms dia, called dia, email dia n chatting dia.. Aku bukan apa, hanya ckp berpandukan pengalaman aku (tu antara sbb takut juga nak kawin, takut suami x jujur dgn aku).. Aku ni ada pengalaman berkawan dgn suami org.. mcm2 feel aku dah jumpa.. Antara alasan yg diorang suka berikan.. ala kawan chat je, bukan jumpa ke or buat apa.. a'ah.. x buat apa la sgt.. flirting sana sini tu apa ke bendanya? ish tlg la.. kalu suami korang jumpa org mcm aku xpe gak.. aku sound direct je kalu pggl aku syg syg or ckp benda x senonoh or cinta cyber nie.. (dlm chatting ler)..

Ikhlas aku ngaku kadang2 aku kluar dgn suami org, tp hanya sbg kawan.. Dan aku selalu warning dorang.. Aku xmo ada sebarang hubungan lebih dr kawan.. (xtau la boleh pakai ke x konsep ni.. tp aku jarang2 la kluar dgn dorang.. mgkn stahun sekali 2 je) Dan selalunya aku x layan jika mereka dah lebih2 n mgatal dgn aku.. ish tlg la.. sungguh geli geleman aku n nyampah.. Kalau boleh aku xmo la kacau hak org.. sbb aku faham sgt perasaan yg umah tangga bergoyang krn org ketiga.

Kepada mereka yg masih bujang dan mencari calon suami or bf tu, hati2 la juga... jgn smp tersangkut suami org pula.. Mmg susah nak cam mereka ni hak org or suami org nie.. Aku mgkn ada tips skit.. xtau la releven ke x.. tp ni dr pengalaman aku la.. DIA mgkn suami org jika:-

1) dia tiada masa sgt utk kita.. asyik kena blk awal
2) susah nak contact dia... especially kalu mlm. (mcm2 alasan yg diberi n agak diterima pakai juga la) atau kita hanya boleh contact dia pada masa2 tertentu shj atau pd masa yg dibenarkan shj
3) sms kita pun lambat nak balas, phone call kita pun belum tentu dia leh jawap atau dia return call kita semula.
4) private number (sbb dia xnak kita leh trace dia), so hanya dia je leh call kita.. kita xle contact dia.
5) selalu tiada di saat kita perlukannya

Kalu nak lebih yakin lagi, sila la rujuk pd Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bg di kawasan Selangor bertanya si polan2 ini sudah bernikah ke? aku rasa boleh kot tanya.. hehe ni aku kena tanya kawan JAIS aku.. boleh ke idak.

Nasihat aku berhati2 la.. bukan apa.. kalu dah terjerat dgn cinta suami org ni susah nak kluar sudah.. nanti jd mcm kawan aku sorang ni dah 6 thn bercinta dgn suami org.. yg mkn hati dia juga.. laki tu x juga cerai dgn bini dia (padahal dolu2 beriya sakan nak cerai, bini tu la bini ni la) dan yg kelakarnya anak bertambah juga.. dan dia x ambil juga kawan aku ni sbg bini no 2 pula.. Dah bukan jodoh mereka.. tp yg ksiannya kawan aku masih x dpt kluar dr perhubungan itu, walaupun diri merana n mkn hati krn SAYANG kan pd laki tersebut...

Bukan aku ckp x elok jadi bini no 2, 3 or 4 ni.. cuma ialah.. kalu boleh buat la cara baik.. jgn rosakkan rumah tangga org.. Mgkn dah korang dijodohkan bermadu.. maka redha je la..

Hahaha apa yg aku bebelkan nie?? ok ok kisah Mr B dah tamat.. aku harap.. dia n Kak Maya jgn la kacau aku sudah (henti2kan la call aku).. nanti 2 2 aku sekeh baru tau.. muahahaha dan aku turut doakan agar mereka dpt selamatkan rumah tangga mereka.

p/s- Nanti aku citer pula pasal Mr D.. tu pun ada citer menarik yg nak diciterkan.. tp nanti2 la yea..